[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
BISNES

AirAsia di tangga ke-24 syarikat penerbangan global, ke-7 jenama paling bernilai di Malaysia

Bernama 30/05/2025 | 08:30 MYT
Nilai jenama AirAsia meningkat 66% kepada AS$1.93 bilion, disokong oleh sokongan pelanggan serta perhubungan jenama serantau. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: AirAsia berada di kedudukan ke-24 dalam senarai jenama syarikat penerbangan paling bernilai di seluruh dunia dan jenama ketujuh paling bernilai di Malaysia dalam laporan terkini Brand Finance Malaysia 100 2025.

Ringkasan AI
  • AirAsia dalam ranking global: AirAsia berada di tempat ke-24 sebagai jenama syarikat penerbangan paling bernilai di dunia dan ketujuh di Malaysia.
  • Lonjakan nilai jenama: Nilai jenama AirAsia meningkat 66% kepada AS$1.93 bilion, disokong oleh sokongan pelanggan serta perhubungan jenama serantau.
  • Prestasi sektor penerbangan: Sektor penerbangan Malaysia mencatat peningkatan luar biasa sebanyak 85% dalam nilai jenama menurut laporan Brand Finance Malaysia 100 2025.

Dengan lonjakan sebanyak 66 peratus dalam nilai jenama kepada AS$1.93 billion (AS$1=RM 4.24), pengendali syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan berkata "kekuatan jenamanya disokong oleh sokongan pelanggan yang tinggi dan perhubungan jenama serantau, mengekalkan penarafan AAA serta kedudukannya antara 10 jenama paling kukuh di Malaysia".
"Menurut Brand Finance, 100 jenama terbaik di Malaysia secara kolektifnya meningkat 16 peratus pada 2025, dengan sektor penerbangan mencatatkan peningkatan luar biasa sebanyak 85 peratus dalam nilai jenama secara keseluruhannya," katanya.
-- BERNAMA
#AirAsia #jenama syarikat penerbangan paling bernilai #enama ketujuh paling bernilai di Malaysia #Brand Finance Malaysia