awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia dipilih sebagai syarikat penerbangan tambang rendah utama bagi tahun keenam

Bernama
Bernama
04/09/2018
06:01 MYT
AirAsia dipilih sebagai syarikat penerbangan tambang rendah utama bagi tahun keenam
Anugerah itu adalah dalam kategori profesional pelancongan dan pengembaraan di seluruh dunia atas komitmennya dalam mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan. - Gambar fail
AirAsia dipilih sebagai syarikat penerbangan tambang rendah utama bagi tahun keenam berturut-turut pada Anugerah Perjalanan Dunia bagi Asia dan Australasia 2018, di Hong Kong.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata anugerah itu adalah dalam kategori profesional pelancongan dan pengembaraan di seluruh dunia atas komitmennya dalam mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan, mengatasi Air India Express, Firefly, GoAir, JetKonnect, JetStar Airways, Lucky Air, Nok Air , Scoot, SpiceJet, Tigerair Taiwan dan West Air.
Ia juga dipilih sebagai Krew Kabin Terbaik Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Asia.
"Kami telah berusaha keras untuk meningkatkan pengalaman penumpang menerusi pendigitalan, daripada pemeriksaan masuk dan membeli-belah dalam talian sehinggalah kepada perkhidmatan pelanggan, dan pada masa yang sama mengekalkan layanan mesra unik Asia.
"Kejayaan ini merupakan pengiktirafan terhadap usaha berterusan kami dalam menetapkan standard perjalanan udara kos rendah di rantau ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.
Anugerah Perjalanan Dunia itu merupakan antara program penghargaan paling berprestij, komprehensif dalam industri global dan pelancongan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#anugerah perjalanan dunia
#bisnes
#pelancongan
#perkhidmatan
#syarikat penerbangan tambang rendah
#Tony Fernandes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan