Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), pengendali Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkata, syarikat penerbangan AirAsia hanya boleh memindahkan sebahagian daripada operasinya ke KLIA jika berhasrat untuk berbuat demikian.
Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali berkata, AirAsia tidak boleh memindahkan keseluruhan operasinya ke KLIA atas faktor kapasiti terminal berkenaan.
Menurutnya, AirAsia kini memiliki operasi yang besar, iaitu 80 kapal terbang dengan menerbangkan 28 juta penumpang setahun.
"Jadi untuk memindahkan semuanya, saya hanya jawab tidak boleh...namun kita akan mempertimbangkan permintaan sekiranya mereka mahu memindahkan sebahagian operasi mereka ke KLIA," katanya kepada media selepas Persidangan Tahunan Konsesi Ketujuh dianjurkan MAHB di sini, hari ini.
Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dilaporkan berhasrat memindahkan keseluruhan operasinya dari klia2 ke KLIA susulan pengumuman kadar baharu caj perkhidmatan penumpang (PSC) berkuat kuasa 1 Januari 2017.
Badlisham berkata, permintaan AirAsia untuk memindahkan operasi ke KLIA sudah dikemukakan kepada pihaknya dan MAHB sedang mempertimbangkannya, namun ia terhad kepada ketersediaan dan keupayaan terminal itu.
Ketika ini, kira-kira 60 syarikat penerbangan beroperasi dari terminal KLIA dan 10 syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).
"Ketika waktu puncak pada pukul 6 pagi hingga 10 pagi kami mengendalikan purata 115 penerbangan yang berlepas dan mendarat di KLIA dan kapasiti KLIA pada waktu puncak hampir penuh," katanya.
Badlisham berkata, MAHB mungkin boleh menawarkan AirAsia untuk beroperasi ketika waktu bukan puncak dan kekosongan beberapa slot pada waktu puncak.
Mengenai hasrat Malaysia Airlines untuk beroperasi di klia2, Badlisham berkata, MAHB akan mengadakan perjumpaan dengan syarikat penerbangan itu pada 24 November ini berkaitan perkara itu.
"Malaysia Airlines juga telah mengadakan lawatan ke klia2 dan melihat sendiri kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di sana," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 10 2016
AirAsia kini memiliki operasi yang besar, iaitu 80 kapal terbang dengan menerbangkan 28 juta penumpang setahun. - EPA/AHMAD YUSNI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.