awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BAM perlu lebih RM55 juta setahun - Tengku Zafrul
Pulau Pinang jangka terima kemasukan lebih 8 juta pelancong melalui LTAPP tahun ini
Johor akan pergiat promosi pelancongan sempena Tahun Melawat Johor 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia jalin kerjasama dengan Blue Bird

Astro Awani
Astro Awani
03/06/2014
05:23 MYT
AirAsia jalin kerjasama dengan Blue Bird
Penumpang Air Asia ke Jakarta kini boleh memesan teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta semasa menempah tiket penerbangan.
Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia menjalin kerjasama dengan syarikat teksi Blue Bird bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta untuk ke destinasi tujuan seterusnya, lapor agensi berita Antara.
"Dengan adanya layanan airport transfer to city ini, pelanggan AirAsia tidak perlu lagi menunggu lama di lapangan terbang untuk mendapatkan teksi menuju daerah tujuan masing-masing," kata Pengarah Niaga AirAsia Indonesia, Andy Adrian Febryanto pada majlis pelancaran perkhidmatan baru itu di Jakarta pada Isnin.
Perkhidmatan teksi itu akan menggunakan kereta jenis MPV dengan kapasiti empat penumpang. Ia dikendalikan oleh Golden Bord, anak syarikat Blue Bird Group Holdings.
Melalui perkhidmatan itu, penumpang boleh memesan teksi semasa menempah tiket penerbangan AirAsia. Harga tambang ditetapkan mengikut zon destinasi antara Rp200,000 hingga Rp500,000 termasuk kadar tol.
Menurut Andy, pihaknya sudah menjalankan ujian perkhidmatan itu sejak 16 Mei lepas dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Sebagai permulaan, perkhidmatan itu ditawarkan kepada penumpang yang ingin menyambung perjalanan ke Jakarta, Bogor, Depok, Tangerang dan Bekasi.
Presiden Pengarah Blue Bird Group Holdings, Noni Purnomo berharap perkhidmatan tersebut dapat diperluaskan ke kota-kota besar lain di Indonesia yang disinggahi oleh AirAsia. Blue Bird kini menawarkan perkhidmatannya di 13 kota besar lain di seluruh Indonesia.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Blue Bird
#Indonesia
#Jakarta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan