awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia Malaysia gantung penerbangan Amritsar susulan penutupan lapangan terbang

Bernama
Bernama
07/05/2025
13:52 MYT
AirAsia Malaysia gantung penerbangan Amritsar susulan penutupan lapangan terbang
Penggantungan penerbangan masuk dan keluar dari Amritsar bermula hari ini sehingga 9 Mei selepas ketegangan antara Pakistan dan India memuncak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: AirAsia Malaysia telah menggantung sementara, penerbangan masuk dan keluar dari Amritsar, India berikutan penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Sri Guru Ramdas Jee Amritsar.
AirAsia Group Bhd melalui satu kenyataan berkata penggantungan itu bermula hari ini sehingga 9 Mei selepas ketegangan antara Pakistan dan India memuncak.
"Kami sedang mengawasi keadaan dan komited untuk mengutamakan keselamatan penumpang serta kru kami.
"Kami telah menghubungi semua penumpang yang terjejas oleh penggantungan sementara penerbangan. Para penumpang yang pergi ke/dari Amritsar digalakkan untuk memeriksa e-mel dan telefon bimbit mereka bagi pemberitahuan penggantungan," katanya.
AirAsia juga menjelaskan penumpang dengan tempahan penerbangan yang dibatalkan ke/dari Amritsar semasa tarikh tersebut telah disediakan dengan pelbagai pilihan pemulihan perkhidmatan (SRO) untuk memudahkan pelan perjalanan mereka.
Penumpang juga digalakkan untuk mengemas kini butiran hubungan mereka di AirAsia.com bagi memastikan bahawa mereka diberitahu tentang apa-apa kemas kini berkaitan penerbangan mereka.
"Operasi penerbangan lain masih berjalan seperti biasa tetapi dengan sedikit pelarasan, termasuk mengarahkan laluan tertentu untuk mengelak ruang udara kawasan berkenaan selain memastikan keselamatan, sejajar dengan panduan yang dikeluarkan dari pihak berkuasa berkaitan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Malaysia
#Amritsar
#ketagangan politik
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan