awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April

Bernama
Bernama
06/03/2025
22:45 MYT
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan menggabungkan operasinya di KLIA T2 bagi mengoptimumkan kecekapan operasi dan meningkatkan pengalaman para tetamu secara keseluruhan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April, 2025.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata ia bertujuan untuk mengoptimumkan kecekapan operasi berikutan meningkatnya permintaan terhadap perjalanan dan mempertingkatkan lagi pengalaman penerbangan secara keseluruhan.
"Walaupun Lapangan Terbang Subang adalah mudah, terutamanya kepada penduduk bandar, pembangunan semulanya untuk menyokong pertumbuhan masa depan akan mengambil masa.
"Dalam pada itu, AirAsia akan menggabungkan operasinya di KLIA T2 bagi mengoptimumkan kecekapan operasi dan meningkatkan pengalaman para tetamu secara keseluruhan," katanya.
AirAsia juga berkata dengan jumlah penumpang antara Kuala Lumpur dan destinasi-destinasi utama seperti Kota Kinabalu dan Kuching meningkat secara ketara melebihi 16 peratus dari tahun ke tahun, penggabungan operasi domestik di KLIA T2 akan membolehkan syarikat penerbangan itu menampung penambahan trafik dengan lebih baik.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Datuk Kapten Fareh Mazputra berkata infrastruktur di KLIA T2 lebih sesuai untuk memenuhi keperluan penerbangan sambungan berskala besar, terutamanya pada waktu puncak perjalanan.
"Ia juga menyediakan kapasiti yang diperlukan untuk pertumbuhan berterusan apabila kami menambah lebih banyak penerbangan bagi memenuhi permintaan tinggi ke Sabah dan Sarawak," katanya.
Bagi memastikan peralihan yang lancar, beliau berkata syarikat penerbangan itu akan terus beroperasi dari Lapangan Terbang Subang sepanjang minggu sambutan Hari Raya untuk memenuhi permintaan sedia ada.
Ini membolehkan majoriti tetamu yang melakukan perjalanan sempena musim perayaan itu menikmati kemudahan berkenaan sebelum peralihan sepenuhnya ke KLIA T2.
"Sesi perundingan positif dengan konsortium Gateway Development Alliance (GDA) juga memastikan peralihan ini sejajar dengan pembangunan infrastruktur yang lebih baik serta matlamat ketersambungan jangka panjang," katanya.
AirAsia memulakan operasinya di Lapangan Terbang Subang pada 30 Ogos, 2024 dengan memperkenalkan dua laluan iaitu Kuching dan Kota Kinabalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lapangan terbang Subang
#AirAsia
#KLIA
#penerbangan domestik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan