awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia sebagai syarikat penerbangan rasmi bagi filem 'Kabali' dibintangi Rajinikanth

Bernama
Bernama
16/06/2016
11:15 MYT
AirAsia sebagai syarikat penerbangan rasmi bagi filem 'Kabali' dibintangi Rajinikanth
AirAsia menjalin perkongsian dengan V Creations, penerbit filem "Kabali" dari India yang dibintangi pelakon handalan Rajinikanth, untuk menjadi syarikat penerbangan rasmi filem aksi itu. - Gambar fail
AirAsia menjalin perkongsian dengan V Creations, penerbit filem "Kabali" dari India yang dibintangi pelakon handalan Rajinikanth, untuk menjadi syarikat penerbangan rasmi filem aksi itu.
Mengulas perkongsian itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia India, Amar Abrol berkata pihaknya berasa teruja untuk menjadi syarikat penerbangan rasmi filem tersebut.
"Kami gembira untuk menjadi sebahagian daripada filem itu dan membolehkan seberapa banyak penumpang kami untuk meraikan 'demam' "Kabali".
"Bekerja dengan Rajinikanth dan pemilik V Creations, Kalaipuli S Thanu, merupakan satu kegembiraan bagi setiap orang dalam AirAsia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Kalaipuli berterima kasih kepada AirAsia atas persetujuan untuk menjadi rakan syarikat penerbangan rasmi "Kabali", yang akan mula ditayang pada 1 Julai ini.
"Syarikat penerbangan itu turut merancang menjalankan pelbagai aktiviti untuk peminat Rajinikanth yang menggunakan penerbangan AirAsia.
"Keterujaan "Kabali" bukan hanya dapat dirasai ketika di daratan, malah juga di udara, apabila anda 'terbang' dengan AirAsia," katanya.
AirAsia Bhd membawa lebih empat juta penumpang ke dan dari India serta ketika ini menawarkan tujuh laluan penerbangan iaitu Bangaluru, Visakhapatnam, Kolkata, Kochi, Hyderabad, Chennai dan Tiruchirappalli, manakala AirAsia X menawarkan penerbangan ke dan dari New Delhi.
Topic Berkaitan
#air asia
#Kabali
#V Creations
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan