Kumpulan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia mengumumkan pembelian 100 unit pesawat Airbus A321neo buatan pengeluar pesawat Perancis, Airbus.
Perjanjian tersebut melibatkan jumlah transaksi pembelian sebanyak US$12.6 bilion.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, pembelian A321neo selaras dengan matlamat syarikat itu untuk mengembangkan operasinya sambil mengekalkan kos operasi yang rendah.
“Kami harap untuk mendapatkan Airbus A32neo lebih awal. Ia adalah satu lagi langkah besar ke hadapan untuk AirAsia dalam meningkatkan kebolehan jarak penerbangan dan juga peningkatan bilangan kerusi.
“Harga yang ditawarkan Airbus tidak dapat ditandingi. Ia akan membantu ‘resipi tambang rendah’ kami pada masa hadapan,” katanya di Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough 2016 di sini pada Selasa.
Pembelian ini mengukuhkan lagi status AirAsia sebagai pembeli pesawat siri A320 terbanyak di dunia.
Setakat ini, AirAsia telah membeli 575 unit pesawat siri itu dari Airbus.
Fernandes menambah, AirAsia juga berjaya membuktikan daya tahan model perniagaan kos rendahnya apabila berjaya mencatatkan keuntungan memasuki 2016 setelah berdepan 2015 yang mencabar.
Syarikat itu mencatatkan peningkatan muatan sebanyak 8 peratus pada suku pertama 2016.
AirAsia komited perkasa sektor tambang rendah
Sementara itu, AirAsia akan terus komited mengetengahkan pelbagai inisiatif baru bagi memperkasakan sektor penerbangan tambang rendah negara.
Menurut Fernandes, ini walaupun langkah terbaru syarikat itu untuk menukar nama klia2 tidak dapat direalisasikan.
Beliau berkata AirAsia yakin dengan potensi pertumbuhan sektor penerbangan Malaysia.
“AirAsia perlukan kos yang rendah dan kami akan berusaha mencapai matlamat kami. Terdapat peluang yang sangat besar di Negeri Sembilan, di Kuala Lumpur. Lihat apa Dubai dan Singapura telah lakukan kepada lapangan terbang besar mereka.
“Beri kami lapangan terbang tambang rendah yang berkos rendah dan kami mampu mentransformasikan KL menjadi transit destinasi membeli belah, pusat pejabat serantau,” kata Fernandes.
Astro Awani turut menemubual Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Badlisham Ghazali yang turut sama berada di Pertunjukan Udara Farnborough di UK.
Tambahnya walaupun bercanggah pendapat dengan AirAsia berkenaan penukaran nama klia2, MAHB sedia membantu sebarang usaha memperkasakan sektor penerbangan tambang rendah negara.
“Mengenai klia2, apa yang kami mahukan ialah mempromosikan pelancongan dan promosi pelancongan perlu dilakukan oleh pihak penerbangan terlebih dahulu.
“Kami akan menyokong usaha ini, sama ada oleh AirAsia sebagai penerbangan tambang rendah atau Malaysia Airlines sebagai penerbangan perkhidmatan penuh di KLIA ataupun jika Malaysia Airlines ingin lakukan kategori yang berbeza untuk beroperasi di klia2 juga,” kata Badlisham.
Sementara itu, Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz berkata kumpulan tersebut akan terus fokus ke arah memantapkan model perniagaan penerbangan tambang rendah.
“Kita tidak perlu berbalah mengenai nama dan akronim. Ia akan sentiasa menjadi KL. Apa yang kita ingin lakukan adalah untuk memberi fokus kepada menjadi terminal tambang rendah, dan bukan terminal premium seperti KLIA,” kata Rafidah.
AirAsia pada awal minggu ini mengumumkan pelbagai inisiatif baru dalam pengembangan operasi kos rendahnya.
Ia termasuk kemungkinan penyenaraian di Bursa Saham Hong Kong dan kembali ke laluan London.
Malik Ridhwan, Luqman Hariz
Wed Jul 13 2016
Fernandes (dua dari kiri) bersama Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Airbus Fabrice Bragier (dua dari kanan) memeterai pembelian pesawat A321neo di Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough 2016 di sini pada Selasa. - Foto Astro AWANI / Luqman Hariz
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Unit pajakan AirAsia dapat 30 peratus daripada tempahan A321neo
Asia Aviation Capital Ltd berkata ia menjangka menerima 30 daripada 100 pesawat Airbus A321neo bagi operasi pajakannya.
AirAsia umum pembelian 100 unit Airbus A321neo
AirAsia mengumumkan pembelian 100 unit pesawat Airbus A321neo buatan pengeluar pesawat Perancis, Airbus.