awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia X dibenarkan terbang ke Amerika Syarikat

Bernama
Bernama
24/01/2017
09:53 MYT
AirAsia X dibenarkan terbang ke Amerika Syarikat
AirAsia X menerima kebenaran daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan untuk penerbangan ke Amerika Syarikat (AS). - Gambar fail
AirAsia X menerima kebenaran daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan untuk penerbangan ke Amerika Syarikat (AS).
Ia sekali gus menjadikan AirAsia X sebagai syarikat penerbangan tambang rendah Asia pertama yang memperoleh kelulusan untuk mengendalikan penerbangan penumpang berjadual ke negara berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Kamarudin Meranun berkata kelulusan tersebut membolehkan syarikat penerbangan tambang rendah dan jarak jauh sekutu AirAsia itu mengendalikan perkhidmatan ke mana-mana destinasi di AS.
"Ini merupakan pencapaian besar bagi AirAsia X.
"Sehingga kini, perluasan syarikat menumpukan Asia, Australasia serta Asia Barat, dan kami gembira dengan penglibatan pertama kami ke dalam pasaran baharu sepenuhnya itu seiring dengan visi kami yang menjangkaui Asia Pasifik," katanya dalam kenyataan.
Syarikat berkenaan kini mempertimbangkan penerbangan ke beberapa negeri di AS, termasuk Hawaii, sebagai sebahagian daripada pelan penambahan laluannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Airasia X
#Amerika Syarikat
#Datuk Kamarudin Meranun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan