KUALA LUMPUR:AirAsia Group Bhd menjangkakan perniagaannya akan kembali ke paras sama seperti tempoh sebelum penularan COVID-19 di kebanyakan laluan penerbangannya menjelang pertengahan tahun 2021 atau mungkin lebih awal berikutan unjuran menyatakan bahawa perjalanan udara akan kembali pulih pada masa yang terdekat.
Presiden Kumpulan AirAsia (Penerbangan), Bo Lingam berkata perkembangan positif mengenai gelembung perjalanan yang sudah terbentuk di Asia dan jumlah yang banyak vaksin COVID-19 dalam peringkat akhir ujian merupakan berita baik bagi industri penerbangan.
"Perjalanan udara sangat adalah penting untuk ekonomi dunia dan AirAsia sudah pun melihat tanda-tanda pemulihan di pasaran domestik utama kami yang mendapat permintaan.
"Perkhidmatan domestik AirAsia di Thailand sebagai contoh sudah hampir mencapai paras kapasiti 100 peratus sama seperti tempoh sebelum penularan wabak itu dan terdapat petunjuk positif yang serupa daripada seluruh kumpulan AirAsia termasuk di Malaysia, Indonesia dan Filipina, ia menunjukkan bahawa tempahan awal bagi perjalanan udara telah kembali pulih di pasaran utama," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Lingam berkata rangkaian lebih daripada 160 destinasi di seluruh Asia Pasifik, AirAsia berada dalam kedudukan yang baik di pasaran perjalanan udara untuk pulih lebih cepat daripada kebanyakan syarikat penerbangan lain.
"Bonus sebenarnya ialah sebahagian besar pasaran antarabangsa utama kami yang juga merupakan tarikan pelancongan seperti Thailand, Singapura, Australia, Korea Selatan, Indochina dan Taiwan, negara berkenaan dapat menangani wabak tersebut dan mereka akan membuka semula pintu sempadan lebih awal.
"Kami akan terus bekerjasama dengan rakan niaga pelancongan dan lapangan terbang untuk memacu perjalanan udara domestik, pada masa yang sana membuat kemajuan yang baik dalam perbincangan mengenai pembentukan gelembung perjalanan pada destinasi antarabangsa berisiko rendah," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 17 2020
AirAsia Group Bhd menjangkakan perniagaannya akan kembali ke paras sama seperti tempoh sebelum penularan COVID-19. Foto: Bernama
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.