BISNES

Airbus bakal jual lebih banyak pesawat A330neo kepada Malaysia Airlines - Laporan

Agensi 02/07/2025 | 23:30 MYT
Pemandangan umum reruai Airbus sempena Pameran Udara Antarabangsa Paris ke-55 di Lapangan Terbang Le Bourget, berhampiran Paris, Perancis, pada 17 Jun lalu. - Gambar Reuters
PARIS: Airbus dijangka memuktamadkan perjanjian baharu dengan Malaysia Aviation Group (MAG) untuk penambahan pesawat jarak jauh A330neo, menurut sumber industri pada Rabu.

Perjanjian itu berkemungkinan diumumkan semasa lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Paris hujung minggu ini, kata sumber berkenaan.

Setakat ini, tiada maklum balas rasmi daripada mana-mana syarikat terlibat berhubung laporan itu.

Pengarah Urusan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail, dalam temu bual bersama New Straits Times bulan lalu berkata, kumpulan itu sedang menilai kemungkinan untuk mengaktifkan opsyen bagi pembelian tambahan 20 pesawat A330neo.

Beliau turut memaklumkan, langkah itu akan diikuti dengan satu proses pemilihan antara pengeluar pesawat bagi model bersaiz lebih besar seperti Airbus A350, Boeing 787 dan Boeing 777X.

Terdahulu pada 2022, MAG telah menempah 20 pesawat A330neo dan pada masa sama meletakkan opsyen untuk tambahan 20 unit lagi. - Agensi




#Airbus #Malaysia Airlines #a330neo #Malaysia Aviation Group