Syarikat pengeluar pesawat terkemuka dunia Airbus memilih syarikat Malaysia, SDMK Sdn Bhd sebagai satu daripada pembekal global untuk komponen jig pesawat buatannya.
SDMK berjaya melalui proses pemilihan yang diurus Airbus daripada senarai bakal pembekal yang berpotensi.
Keputusan muktamad itu dibuat dengan termeterainya kontrak di antara Airbus dan SDMK pada 2015.
Menurut Pengarah Kanan Kerjasama Antarabangsa Airbus François de-Botoli, kontrak baharu ini merupakan penyumbang utama terhadap peningkatan keupayaan dan kebolehan industri aeroangkasa tempatan.
“Kami memeterai kontrak untuk pengeluaran jig. Ia tidak berkait dengan pembuatan bahagian pesawat tetapi adalah untuk aktiviti pembaikan yang akan dilakukan di Thailand,” kata de-Botoli ketika berucap di Conformity Inspection Review untuk jig pertama di kilang SDMK di sini hari ini.
SDMK berharap syarikat itu dapat memperluaskan lagi pembekalan komponen pesawat kepada industri aeroangkasa tempatan dan tidak tertumpu hanya pada komponen jig.
“Ini adalah perkhidmatan pembuatan yang kompleks, bukan hanya satu komponen pesawat yang memerlukan kemahiran pembuatan. Projek seperti ini memerlukan banyak sumber kejuruteraan,” kata Pengarah Urusan SDMK Yew Seik Wai.
Airbus mendapat sokongan daripada beberapa agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pusat Inovasi Aeroangkasa Malaysia (AMIC) untuk pembekalan tenaga mahir dalam bidang ini.
Perkembangan itu membolehkan Malaysia membina keupayaan dan kebolehan dalam bidang baharu, sekali gus menjadi sebahagian daripada pembekal perkakasan di peringkat antarabangsa.
SDMK bertanggungjawab mengindustrikan serta mengilangkan jig untuk pembaikan komposit kemudi pesawat dan elevator bagi program A320 dan A330.
Dengan adanya pembekal seperti SDMK, pelbagai perkhidmatan seperti penyelenggaraan, pembaikan dan membaik pulih (MRO) dan kejuruteraan pesawat serta perkhidmatan pembaikan utama dapat Airbus lakukan di rantau ini.
Malik Ridhwan
Tue Feb 23 2016
SDMK akan mengindustrikan serta mengilangkan jig untuk pembaikan komposit kemudi pesawat dan elevator bagi program A320 dan A330. - Gambar EPA
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Asia Pasifik perlukan 19,500 pesawat baharu dalam tempoh 20 tahun - Airbus
Airbus mengunjurkan sektor penerbangan Asia Pasifik memerlukan kira-kira 19,500 pesawat baharu dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran
Masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana keselamatan penerbangan.
Sayap dua pesawat Japan Airlines berlanggar di Lapangan Terbang Haneda
Tiada kecederaan dilaporkan, namun penerbangan 503 menuju ke Lapangan Terbang Chitose Baru di Hokkaido, Sapporo telah dibatalkan.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
Asia Tenggara berpotensi keluarkan bahan suapan SAF - Airbus
Rantau ini mempunyai potensi pengeluaran yang besar disebabkan oleh banyaknya bahan suapan selain kewujudan industri biodiesel sedia ada.
Airbus jangka permintaan sebanyak 400 pesawat berbadan lebar di Apac dalam masa 20 tahun akan datang
Pengeluar pesawat Airbus meramalkan permintaan kira-kira 400 pesawat berbadan lebar di Asia Pasifik (Apac) dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Airbus bangunkan mesin pencetak 3D logam untuk Stesen Angkasa Antarabangsa
Airbus akan membangunkan dua mesin pencetak 3D ini untuk tujuan penyelidikan terlebih dahulu.
Pesawat Latam Airlines mendarat tanpa tayar di Sao Paulo
Pendaratan selamat dilakukan, dan juruterbang membawa pesawat ke landasan diiringi oleh kenderaan kecemasan.
MAG perkenal 12 pesawat baharu pada 2024, termasuk A330neo pertama pada suku ketiga
Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) akan menambah jumlah pesawatnya dengan memperkenalkan 12 pesawat baharu pada 2024, termasuk Airbus 330-900 (A330neo) pertamanya.