awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Airbus sasar 40 tempahan helikopter baharu dari APAC termasuk enam dari Malaysia

Bernama
Bernama
28/03/2022
11:26 MYT
Airbus sasar 40 tempahan helikopter baharu dari APAC termasuk enam dari Malaysia
Rochereau berkata tempahan itu akan melibatkan model di semua segmen, termasuk helikopter tentera dan sivil. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengeluar dan penyedia penyelesaian helikopter, Airbus Helicopters menyasarkan untuk menerima 40 tempahan baharu dari rantau Asia Pasifik (APAC) tahun ini, termasuk jangkaan sehingga enam tempahan dari Malaysia.
Ketua Jualan Airbus bagi APAC, Fabrice Rochereau berkata tempahan itu akan melibatkan model di semua segmen, termasuk helikopter tentera dan sivil.
"Sasaran kami pada tahun ini adalah untuk menjual 40 helikopter di rantau ini. Sehingga Mac 2022, kita telah mempunyai lebih 15 helikopter (terjual)," katanya pada sidang akbar Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 di sini, hari ini.
Acara dwitahunan DSA dan Perkhidmatan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) diadakan selama empat hari bermula hari ini sehingga 31 Mac di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.
Rochereau berkata Airbus menerajui pasaran helikopter di Malaysia dengan menyumbang 42 peratus daripadanya.
Dalam segmen ketenteraan, ia memegang 37.8 peratus daripada bahagian pasaran, manakala 30 peratus bagi sivil dan paraawam.
Beliau menjangkakan Airbus akan mengekalkan bahagian pasarannya dengan pasukan dan produk tempatan yang teguh, untuk memenuhi keperluan negara.
"Kami melihat potensi pertumbuhan bagi pasaran ketenteraan dan paraawam Malaysia untuk tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, yang mana pemintaan pada masa akan datang, bakal didorong oleh pemodenan armada, pembaharuan, latihan ketenteraan dan keselamatan maritim," katanya.
Setakat ini, hampir 90 helikopter Airbus telah berkhidmat di negara ini untuk pelbagai misi sivil, paraawam dan ketenteraan.
Ini termasuk sebanyak 12 armada H225M yang telah memenuhi keperluan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejak 2012.
Baru-baru ini, TUDM mencatat rekod sebagai pemegang jumlah jam penerbangan tertinggi di Asia bagi helikopter tentera Airbus H225M.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Airbus
#APAC
#Fabrice Rochereau
#Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan