Aireen Omar dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Transformasi Digital dan Perkhidmatan Korporat), manakala Riad Asmat dilantik Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad yang baharu hari ini.
Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang media oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.
Menurut Fernandes, perubahan kepada barisan kepimpinan kanan syarikat dilakukan seiring dengan strategi digital baharu kumpulan.
Pelantikan Aireen menandakan komitmen AirAsia untuk bergerak daripada sebuah syarikat penerbangan kepada syarikat digital.
Transformasi digital akan menjadi keutamaan Aireen, di mana beliau akan menerajui syarikat bukan penerbangan seperti BIGPay, Program Kesetiaan BIG, ROKKIShoppe.com, Portal ROKKI, Travel360.com, Vidi, RedTix, AirAsiaGo, BD4H, RedCargo, Red Box dan Santan.
Di samping itu, Aireen akan mengetuai inisiatif strategik kumpulan dan mengubah AirAsia menjadi sebuah syarikat dan platform didorong pengkomputeran awan global.
BACA: Saya akan bersara? Tak mungkin - Tony Fernandes
Aireen akan bertanggungjawab terhadap strategi digital AirAsia, mempromosikan inovasi kumpulan dan menggalakkan kerjasama dalam perniagaan dan pasaran AirAsia.
Beliau juga akan terus memimpin sektor perkhidmatan korporat untuk kumpulan AirAsia, termasuk pengurusan risiko, hal ehwal kerajaan dan pembangunan korporat.
Sementara itu, Riad akan bertanggungjawab mengurus kesemua operasi AirAsia di Malaysia.
Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengarah Perancangan Korporat, Strategi dan Pembangunan Perniagaan Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd.
Riad merupakan anak kepada pengarah AirAsia X Berhad, Tan Sri Asmat Kamaludin dan pernah menjadi Presiden Caterham F1 milik AirAsia satu waktu ketika dahulu
Fernandes, ketika mengumumkan perkara ini berkata beliau yakin pelantikan ini akan membawa syarikat ke satu fasa pembangunan baru dalam era digital.
“Dengan keupayaan Aireen yang sudah lama dalam industri penerbangan, saya yakin beliau adalah pilihan tepat kami untuk memacu rancangan digitalisasi kami.
“Manakala bagi Riad yang tidak asing lagi dalam AirAsia, saya percaya di bawah kepimpinan beliau, kejayaan berterusan akan dapat dikekalkan kami sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia,” kata Fernandes.
Selain Aireen dan Riad, antara pelantikan baharu diumum Fernandes adalah seperti berikut:
Bo Lingam - Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perniagaan Penerbangan) AirAsia
Kapten Adrian Jenkins - Ketua Pegawai Operasi AirAsia
Rozman Omar - Pengarah Eksekutif AirAsia International Limited
Kesemua pelantikan baharu ini akan berkuatkuasa 10 Januari, 2018.
Malik Ridhwan
Wed Dec 13 2017
Aireen Omar dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia. - Astro AWANI / Malik Ridhwan
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.