awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akaun Fleksibel: Literasi bantu capai kesejahteraan kewangan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
14/05/2024
09:13 MYT
Akaun Fleksibel: Literasi bantu capai kesejahteraan kewangan
Adalah penting untuk memberi penekanan terhadap aspek literasi kewangan bagi membolehkan orang ramai mencapai kesejahteraan kewangan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pengenalan Akaun 3 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menawarkan kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabungan dalam kadar tertentu bagi tujuan perbelanjaan kecemasan atau saat-saat diperlukan.
Namun, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat adalah penting untuk memberi penekanan terhadap aspek literasi kewangan bagi membolehkan orang ramai mencapai matlamat utama yang disasarkan, iaitu kesejahteraan kewangan.
"Kalau tujuan utama [pengeluaran] adalah untuk meringankan beban kewangan dalam menghadapi isu kos sara hidup, maka perbelanjaan atau penggunaan yang patut ditekankan ialah menyelesaikan segala bentuk perbelanjaan asas seperti makanan, sewa rumah, bil utiliti dan sebagainya.
"Ia juga sedikit sebanyak mungkin boleh membantu pencarum menyusun semula kedudukan kewangan seperti menggunakan wang itu untuk membuat penyelesaian awal hutang yang mempunyai kadar faedah tinggi seperti kad kredit dan pinjaman peribadi.
"Apa yang penting ialah pengakhirannya, peluang ini digunakan untuk mereka mencapai kesejahteraan kewangan," katanya ketika muncul sebagai tetamu dalam Buletin AWANI, pada Selasa.
Akaun Fleksibel: Memahami impak, jangkaan selepas pengeluaran
Secara umum, jelas Afzanizam, lebihan wang merupakan situasi positif dalam ekonomi kerana ia akan dijana menerusi aktiviti ekonomi.
Fakta ini lebih signifikan dengan trend masyarakat di negara ini yang dilihat mempunyai kecenderungan tinggi untuk berbelanja.
"Perbelanjaan akan menjana satu bentuk ekonomi kerana duit itu akan di pass around dalam ekonomi.
"Pelbagai perniagaan akan dapat manfaat hasil perbelanjaan isi rumah. Kalau dilihat nisbah penggunaan atau consumption dalam negara kita ialah sekitar 60 peratus.
"Impaknya besar dan kemungkinan untuk ia jadi pencetus ekonomi itu jelas ketara," tambahnya.
Topic Berkaitan
#akaun 3
#KWSP
#Akaun Fleksibel
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan