KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pada Khamis, produk minyak sawit buatan Sime Darby Plantation (SDP) tidak dihasilkan dengan mengguna pakai tenaga buruh paksa.
Ia sekali gus membuka jalan untuk pihak Kastam AS menarik semula sekatan yang dikenakan terhadap produk syarikat itu sejak Jan 2022.
Menurut CBP, ia mempunyai bukti yang mencukupi untuk mempercayai bahawa produk SDP "tidak lagi dilombong, dikeluarkan, atau dikilang mana-mana bahagiannya, dengan menggunakan buruh paksa."
Sebelum ini, barangan yang dihasilkan SDP disekat daripada memasuki AS kerana didakwa terlibat amalan buruh paksa termasuk dikatakan wujud unsur penderaan terhadap pekerja asing.
"Kami optimis langkah besar yang kami ambil dalam memperkukuh kualiti hidup tenaga kerja kami akan diiktiraf tidak lama lagi oleh Kastam AS dan CBP dan kami akan dibenarkan menyambung semula eksport ke AS," kata SDP dalam satu maklum balas kepada Bloomberg News.
April lalu, SDP menghantar laporan terperinci tentang operasi firma tersebut yang menunjukkan ia "mematuhi sepenuhnya" peraturan import AS dan piawaian buruh antarabangsa.
Pihak CBP sebelum ini mendakwa mereka mempunyai cukup maklumat yang menunjukkan SDP menggunakan buruh paksa selaras ciri-ciri yang ditetapkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Selain SDP, lapan syarikat Malaysia, termasuk yang terlibat dalam pembuatan minyak sawit dan sarung tangan, berada dalam senarai yang dilarang produknya memasuki AS kerana dikatakan terlibat amalan buruh paksa.
Fahmi Izuddin
Fri Feb 03 2023

Barangan yang dihasilkan SDP sebelum ini disekat daripada memasuki AS kerana didakwa terlibat amalan buruh paksa.

Bungkusan ubat gigi 'ganja' misteri: Polis kenal pasti pengirim kepada PM, Rafizi
Polis telah mengenal pasti pengirim bungkusan mengandungi tiub ubat gigi bercorak daun ganja kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
![[TERKINI] Sidang media pasca keputusan mahkamah tolak permohonan Najib [TERKINI] Sidang media pasca keputusan mahkamah tolak permohonan Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016504/7377782631680238540358_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media pasca keputusan mahkamah tolak permohonan Najib

Lelaki pukul imam diarah jalani pemeriksaan mental
Ahmad Paijan ketika pertuduhan dibacakan kepadanya dan ditanya sama ada faham atau tidak, hanya menjawab 'saya terdengar suara'.

China-AS: 'Saya tidak menentang sesiapa' - PM Anwar
Tiada pihak yang harus menentukan pendirian Malaysia untuk 'berpihak' kepada mana-mana negara termasuk dalam hubungan dua hala melibatkan ekonomi.

Kes SRC : Tiada sesiapa yang kebal undang-undang - V. Sithambaram
Keputusan Mahkamah Persekutuan menujukkan pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bermotifkan politik oleh pihak pendakwaan. "Tiada sesiapa yang kebal undang-undang," katanya. #AWANInews

Insentif pertama kali buat anggota sukarelawan, petunjuk baharu perhatian kerajaan
Pemberian bantuan Aidilfitri bernilai RM300 kepada lebih 200,000 sukarelawan agensi penguat kuasa dilihat sebagai petunjuk baharu bahawa kumpulan berkenaan sentiasa diberi perhatian.

Pantau Belanjawan: Inisiatif memperkasa kerjaya wanita

Yang di-Pertuan Agong berangkat tiba di Labuan untuk lawatan tiga hari
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba untuk lawatan tiga hari di Labuan.

Kerajaan cadang perkenal e-invois tahun depan, pastikan tiada pihak elak cukai
Penggunaan kaedah invois elektronik (e-invois) mampu memacu pendapatan negara dengan lebih positif, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

JDT yakin terus dominasi, perhitungan 'Raja Lembah Klang' KL-Selangor
SELEPAS lebih seminggu Liga Super berehat, minggu ini saingan kembali dengan menampilkan susunan perlawanan mengagumkan.

Tindakan CBP AS ubah hasil penemuan buruh paksa jadi kredit positif bagi SDP - Moody's
Perubahan yang dibuat oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP AS) ke atas hasil penemuan buruh paksa adalah kredit positif untuk Sime Darby Plantation Bhd (SDP).

Penarikan balik WRO terhadap Sime Darby Plantation beri impak positif
Ia antara lain berkait rapat dengan pasaran eksport sawit negara dan reputasi Malaysia untuk tidak dikaitkan dengan amalan buruh paksa.

AS akui Sime Darby Plantation tidak guna buruh paksa
Ia membuka jalan untuk pihak Kastam AS menarik semula sekatan yang dikenakan terhadap produk syarikat itu sejak Jan 2022.

Sime Darby Plantation akan peroleh buah tandan segar mampan daripada pekebun kecil
WAGS adalah sistem pengurusan yang diasaskan pada 2013 untuk menyediakan sokongan teknikal dan pengurusan kepada pekebun kecil supaya produk mereka diperakui secara bebas.

Kekurangan penuai sawit beri impak keuntungan dari Malaysia - SDP
Akibat kekurangan lebih 4,000 pekerja, operasi hanya boleh mengeluarkan kurang daripada separuh jumlah pengeluaran keseluruhan.

Untung bersih Q2 melonjak 63%, Sime Darby Plantation tumpu strategi perkukuh kumpulan
Mohamad Helmy Othman Basha berkata, keadaan ketika ini amat tidak bersesuaian memandangkan industri ini masih berdepan dengan masalah kekurangan tenaga buruh.

RSPO mulakan siasatan dakwaan buruh paksa CBP terhadap Sime Darby Plantation
RSPO menggesa CBP berkongsi maklumat dengannya yang akan membolehkan ia menyiasat perkara itu.

Sekatan sawit tidak jejas harga minyak sawit mentah
David bagaimanapun mengakui sekatan berkenaan memberikan kesan namun tidak seteruk yang disangka.

Budaya berbeza punca AS sekat produk sawit Malaysia - Ketua Pengarah MPOB
Menurutnya definisi buruh paksa yang ditakrifkan Amerika Syarikat mungkin berbeza dengan Malaysia sekaligus mencetuskan salah faham.

Saham Sime Darby Plantation susut 2.13 peratus berikutan sekatan oleh AS
Sehingga 9.56 pagi, Sime Darby Plantation susut 11 sen kepada RM5.06, dengan 70,400 saham diniagakan.