awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alvin Lee dilantik CEO Maybank Singapura

Bernama
Bernama
08/12/2023
07:54 MYT
Alvin Lee dilantik CEO Maybank Singapura
Alvin Lee akan menggantikan John Lee Hin Hock yang bakal bersara daripada Maybank Group berkuat kuasa pada 31 Disember 2023.
KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) hari ini mengumumkan pelantikan Alvin Lee Han Eng sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) negara, Maybank Singapore Limited dan CEO Cawangan Maybank Singapura, berkuat kuasa pada 1 Jan, 2024.
Hang Eng yang ketika ini berkhidmat sebagai ketua perkhidmatan kewangan komuniti dan ketua pengurusan kekayaan kumpulan di Singapura, akan menggantikan John Lee Hin Hock yang bakal bersara daripada Maybank Group berkuat kuasa pada 31 Dis, 2023, selepas berkhidmat selama 12 tahun.
"Pelantikan ini selaras dengan hasrat strategik kumpulan untuk memastikan perancangan bakat yang kukuh untuk jawatan kanan, termasuk bagi peranan jawatankuasa eksekutif," kata Presiden dan CEO kumpulan Datuk Khairussaleh Ramli dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata CEO baharu itu akan mengemudi Maybank Singapura di landasan sama yang boleh memberi impak dari segi keputusan diharapkan, baik di peringkat tempatan serta serantau.
"Bersandarkan kehadiran Maybank dalam pelbagai cabang perniagaan serta peranan Singapura sebagai penyumbang kedua terbesar untuk perniagaan kumpulan selain perkembangan pendigitalan dalam industri perkhidmatan kewangan dan tumpuan Maybank ke atas kemampanan dan perkhidmatan kewangan berasaskan nilai, Hang Eng akan terus mengetuai usaha transformasi Maybank Singapura serta memacu pertumbuhan seiring keutamaan strategik M25+ kumpulan," katanya.
Pada masa sama, Khairussaleh berkata Kumpulan Maybank turut berterima kasih kepada Hin Hock di atas sumbangan besar, perkhidmatan dan komitmennya sejak beberapa tahun dalam membentuk sebuah organisasi penting di rantau ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maybank
#CEO
#Maybank Singapura
#Alvin Lee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan