KUALA LUMPUR: Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) dan Maybank AssetManagement Sdn Bhd (MAM) mengisytiharkan pengagihan pendapatan interim Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) sebanyak 2.5 sen seunit bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac, 2023.
Dalam kenyataan bersama pada Khamis, PHB dan MAM menjelaskan ini termasuk pengagihan pendapatan asas sebanyak 2.20 sen setiap unit dan pengagihan bonus sebanyak 0.30 sen setiap unit bagi setiap pelabur yang berbaki sehingga 500,000 unit.
Kedua-dua pihak menambah bagi agihan pendapatan interim kali ini, AHB akan membayar sejumlah RM110.3 juta kepada 72,000 pemegang unitnya.
"Pendapatan yang diterima oleh pemegang unit tidak hanya dikecualikan dari cukai, tetapi ia juga telah dizakatkan. Pengagihan pendapatan tersebut akan dikreditkan terus ke akaun bank atau akaun unit amanah AHB pada 14 April, 2023," menurutnya.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Mohamad Damshal Awang Damit berkata sejak penubuhan pada 2006 hingga 2011, PHB telah memberi tumpuan dalam mengukuhkan asas bagi portfolio hartanah AHB melalui pembelian aset dan pembangunan hartanah.
"Portfolio AHB telah berkembang sekitar 12.7 peratus setiap tahun daripada RM1.0 bilion pada 2011 kepada RM3.85 bilion pada tahun kewangan berakhir September 2022.
"Bagi melonjakkan lagi momentum pertumbuhan, PHB merancang untuk memberi tumpuan kepada pelaburan dalam aset berkualiti dan berpendapatan tinggi, yang mampu menjana pulangan pasaran yang mampan serta kompetitif untuk para pelabur," katanya dalam kenyataan yang sama.
Ketua Pegawai Eksekutif MAM, Ahmed Muzni Mohamed berkata angganan unit AHB tetap memberangsangkan walaupun pendapatan isi rumah pelabur terjejas ekoran persekitaran inflasi semasa.
"Ini menunjukkan dengan jelas bahawa pelabur mempunyai tahap keyakinan yang tinggi terhadap AHB dan mengiktiraf kepentingannya dalam portfolio pelaburan dan proses perancangan kewangan mereka.
"Pengagihan pendapatan interim ini menunjukkan ciri kestabilan AHB, yang kami harap dapat menarik lebih ramai pelabur," katanya.
PHB turut mengumumkan pelantikan Bank Islam Malaysia Bhd sebagai antara pengedar AHB yang baharu dan pelantikan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan PHB dan MAM untuk memperluas saluran pengedaran AHB dan mencapai pelbagai segmen pasaran dan pelabur yang lebih luas.
Mohamad Damshal berkata kepakaran, jangkauan pasaran yang luas, dan komitmen terhadap perkhidmatan pelanggan menjadikan Bank Islam rakan niaga penting untuk PHB dan MAM.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2023

Bagi agihan pendapatan interim kali ini, AHB akan membayar sejumlah RM110.3 juta kepada 72,000 pemegang unitnya. - Amanah Hartanah Bumiputera

Bangladesh larang penjawat awam buat perjalanan guna kemudahan kelas pertama
Sheikh Hasina pada Khamis menandatangani arahan melarang penjawat awam membuat perjalanan menggunakan kemudahan kelas pertama.

Guna laluan sah jika ingin ke Pasar Mundok - PGA
Orang ramai didapati menyeberang ke Pasar Mundok menggunakan bot penumpang yang berulang-alik melalui Sungai Golok.

Aplikasi COVID-19 Jerman kini dalam 'mod tidur'
Aplikasi Corona Warn tidak lagi dikemas kini atau dibangunkan sehingga notis selanjutnya selepas kontrak tamat pada 31 Mei.

Bali keluar panduan etika untuk pelancong
Pekeliling itu menyenaraikan 16 peraturan yang bertujuan untuk memelihara budaya, alam sekitar dan keselamatan Bali.

Paras risiko siber Malaysia bertambah baik ke 'sederhana' pada separuh kedua 2022
Nilesh Jain berkata peralihan positif itu berpunca daripada penambahbaikan dalam kesediaan siber.

Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC
Fasa 1 JENDELA telah mencapai 7.74 juta premis sedia untuk disambungkan dengan Internet gentian, melebihi sasaran awal 7.5 juta premis.

NASA uji pendekatan baharu kesan tsunami
Ia menggunakan isyarat GPS bagi mengesan gelombang di Lingkaran Api Pasifik.

Satu maut, dua cedera ringan akibat dipanah petir ketika memikat burung
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas dipanah petir ketika sedang memikat burung di kawasan tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Marang, hari ini.

Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat
Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan menamatkan cabaran di tangga keempat Piala Remaja Asia 2023 selepas tumpas 1-2 kepada Korea Selatan.

Negara dijangka tidak akan berhadapan krisis bekalan air seperti 1998 - SPAN
Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.

Amanah Hartanah Bumiputera isytihar pendapatan interim 2.5 sen seunit
Pelaburan Hartanah Bhd dan Maybank AssetManagement Sdn Bhd isytihar pengagihan pendapatan interim Amanah Hartanah Bumiputera sebanyak 2.5 sen seunit bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac, 2023.

PM lancar 500 juta unit tambahan saham AHB
Perdana Menteri turut mengumumkan 50 unit tambahan percuma kepada 200,000 Akaun Remaja yang baru dibuka bermula Isnin depan.