awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amanah Raya akan gandakan saiz dana REIT kepada RM2 bilion

Bernama
Bernama
19/12/2016
12:48 MYT
Amanah Raya akan gandakan saiz dana REIT kepada RM2 bilion
Amanah Raya Bhd merancang menggandakan saiz dana AmanahRaya REIT kepada RM2 bilion dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang. - Gambar fail
Amanah Raya Bhd merancang menggandakan saiz dana AmanahRaya REIT kepada RM2 bilion dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, kata Pengarah Urusan Kumpulan Adenan Md Yusof.
Beliau berkata syarikat itu akan terus mengintai peluang pengambilalihan aset bagi mencapai sasaran tersebut.
"Kami berharap dapat menyediakan pulangan lebih baik dalam bentuk dividen dan juga pulangan modal bagi REIT," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan perkongsian strategik dengan syarikat pengurusan aset hartanah Jepun, Kenedix Inc, di sini.
Amanah Raya hari ini memeterai dua janji niaga dengan Kenedix bagi pengambilalihan REIT bernilai RM91 juta.
Mengikut perjanjian itu, Kenedix mengambil alih 85.98 juta unit AmanahRaya REIT, yang merupakan 15 peratus daripada jumlah unit dalam edaran dengan harga RM85.98 juta.
Kenedix juga mengambil alih 735,000 saham biasa AmanahRaya REIT Managers Sdn Bhd (ARRM) pada RM7 sesaham, mewakili 49 peratus pegangan dengan harga RM5.15 juta.
Mengulas mengenai kerjasama dengan Kenedix, Adenan berkata ia akan membuka peluang untuk memanfaatkan pengetahuan dan kepakaran dalam inisiatif pengurusan aset, pembangunan hartanah dan pengurusan aset.
"Ia mewujudkan platform baharu untuk menjalin kerjasama strategik dan sinergetik serta memupuk perangkaian hubungan dengan pelabur antarabangsa, bank-bank dan pemaju," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kenedix Taisuke Miyajima melahirkan keyakinan beliau terhadap pertumbuhan seterusnya REIT di Malaysia.
Portfolio Kenedix termasuklah bangunan pejabat, kemudahan logistik, hartanah kediaman, cawangan runcit, kemudahan penjagaan kesihatan dan pusat data.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adenan Md Yusof
#Amanah Raya Bhd
#AmanahRaya REIT
#ARRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan