BISNES
AmBank turun kadar asas standard, pinjaman berkuat kuasa 14 Julai
AmBank akan menurunkan Kadar Asas Standard (SBR), Kadar Pinjaman Asas/Kadar Pembiayaan Asas (BLR/BFR) dan Kadar Asas (BR).
KUALA LUMPUR: AMMB Holdings Bhd (AmBank) akan menurunkan Kadar Asas Standard (SBR), Kadar Pinjaman Asas/Kadar Pembiayaan Asas (BLR/BFR) dan Kadar Asas (BR) berkuat kuasa 14 Julai, 2025.
Ringkasan AI
Dalam satu notis di laman sesawangnya, AmBank berkata SBR akan dikurangkan daripada 3.0 peratus setahun kepada 2.75 peratus, manakala BLR/BFR akan disemak daripada 6.70 peratus kepada 6.45 peratus.
Katanya, BR akan disemak daripada 3.85 peratus kepada 3.60 peratus.
"Bagi tujuan illustrasi dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa, kadar faedah atau keuntungan berkesan untuk pinjaman 30 tahun atau pembiayaan RM350,000 tanpa tempoh penguncian ialah 4.0 peratus setahun (SBR+1.25 peratus)," kata AmBank.
Pelanggan boleh menghubungi pusat hubungan bank di talian 03-2178 8888 dari 7 pagi hingga 11 malam atau emel customercare@ambankgroup.com bagi mendapatkan bantuan.
--BERNAMA
Ringkasan AI
- Bermula 14 Julai 2025, SBR dikurangkan kepada 2.75%, BLR/BFR kepada 6.45%, dan BR kepada 3.60%.
- Untuk pinjaman RM350,000 selama 30 tahun tanpa tempoh penguncian, kadar faedah berkesan ialah 4.0% setahun (SBR 1.25%).
- Pelanggan boleh hubungi AmBank melalui talian 03-2178 8888 atau emel customercare@ambankgroup.com untuk pertanyaan lanjut.