Tenaga Nasional Bhd (TNB) melantik Amir Hamzah Azizan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu berkuat kuasa 2 April, 2019.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu, TNB berkata Amir Hamzah, 51, akan menggantikan Datuk Seri Ir Azman Mohd yang akan meletak jawatan pada 31 Mac, 2019.

Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan kanan dengan syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dari 2010 hingga 2016, termasuk sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Bhd selain Naib Presiden (Pemasaran Hiliran) dan Naib Presiden (Perniagaan Pelincir) Petronas.

Semasa dagangan ditutup pada Rabu, saham TNB meningkat enam sen kepada RM12.58 dengan 1.69 juta saham diniagakan.

-- BERNAMA