Anak syarikat Berjaya Assets jual 6.04 juta saham dalam 7-Eleven

Bernama
September 3, 2021 11:12 MYT
Penjualan itu mewakili kira-kira 0.54 peratus kepentingan ekuiti dalam SEM melalui urus niaga perniagaan langsung bernilai kira-kira RM8.59 juta atau pada RM1.421 sesaham.- Foto Berjaya Assets Berhad
KUALA LUMPUR: Anak syarikat 100 peratus milik Berjaya Assets Bhd, Berjaya Bright Sdn Bhd menjual sejumlah 6.04 juta saham biasa dalam 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd (SEM).
Berjaya Assets dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata penjualan itu mewakili kira-kira 0.54 peratus kepentingan ekuiti dalam SEM melalui urus niaga perniagaan langsung bernilai kira-kira RM8.59 juta atau pada RM1.421 sesaham.
"Berjaya Bright kini memegang sejumlah 8.24 juta saham SEM yang mewakili kira-kira 0.73 peratus kepentingan ekuiti dalam SEM.
"Hasil tunai daripada penjualan itu akan digunakan bagi modal kerja Berjaya Assets dan anak-anak syarikatnya," kata kumpulan itu.
Ia juga berkata penjualan itu dijangka membolehkan kumpulan merealisasikan sebahagian daripada pelaburannya dalam SEM.
-- BERNAMA
#Berjaya Assets #saham 7-Eleven #Berjaya Bright #Bursa Malaysia