awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak syarikat PNB selesai pembelian Mydin Mall Seremban 2 pada harga RM240 juta

Bernama
Bernama
16/01/2017
03:44 MYT
Anak syarikat PNB selesai pembelian Mydin Mall Seremban 2 pada harga RM240 juta
Ketua Pegawai Eksekutif PHNB Hafidz Atrash Kosai Mohd Zihim berkata pembelian itu akan meningkatkan jumlah aset AHP kepada RM483 juta, merupakan tambahan ketara kepada portfolio sedia ada hartanah yang ia sedang uruskan ketika ini.
Unit milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Pelaburan Hartanah Nasional Bhd (PHNB), telah menyelesaikan pembelian Mydin Mall Seremban 2 dengan harga RM240 juta menerusi perjanjian jualan dan pajakan balik.
PHNB, pengurus REIT Amanah Harta Tanah PNB (AHP) yang tersenarai di Bursa Malaysia, berkata pembelian itu dibiayai menerusi gabungan pembiayaan dan terbitan hak unit baharu AHP.
Ketua Pegawai Eksekutif PHNB Hafidz Atrash Kosai Mohd Zihim berkata pembelian itu akan meningkatkan jumlah aset AHP kepada RM483 juta, merupakan tambahan ketara kepada portfolio sedia ada hartanah yang ia sedang uruskan ketika ini, serta menyediakan pulangan hasil kepada pemegang unit.
"Tambahan Mydin Seremban 2 kepada kumpulan hartanah AHP itu akan menyediakan pendapatan stabil berterusan dalam tempoh jangka panjang kepada pemegang unitnya berikutan tempoh lama perjanjian pajakan yang dimeterai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hafidz Atrash Kosai berkata terbitan unit hak itu akan mengembangkan lagi asas unit AHP dan menggalakkan penyertaan berterusan pemegang unit sedia adanya.
Hartanah pegangan kekal Mydin Mall Seremban 2, yang terletak di Seremban 2, Seremban, terdiri daripada gedung tiga tingkat merangkap pasar raya besar dan dua sub-tingkat bawah tanah dengan kawasan binaan kasar kira-kira 103,520 meter persegi merangkumi kawasan seluas lebih 5.42 hektar.
Diterajui Pasar Raya Besar Mydin, gedung itu merupakan antara pasar raya besar terbesar dikendalikan oleh Mydin Mohamed Holdings Bhd di Malaysia yang menawarkan pelbagai produk runcit serta bilangan penyewa yang ramai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#berita bisnes
#hartanah
#mydin mall
#PHNB
#PNB
#Seremban 2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan