awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan diwartakan cuti am 2026
Thailand hantar pulang 18 tentera Kemboja - Kementerian Luar
Satelit terbesar dunia dilancar, sambungan 5G terus dari angkasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Analisis kos-manfaat CPTPP sedang dimuktamadkan - MITI

Bernama
Bernama
07/01/2022
01:57 MYT
Analisis kos-manfaat CPTPP sedang dimuktamadkan - MITI
CPTPP adalah perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang memberikan layanan keutamaan kepada anggotanya - dengan 11 negara telah memeterai perjanjian itu termasuk Malaysia.
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang dalam proses memuktamadkan dokumen analisis kos-manfaat (CBA) bagi ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
Pengarah Kanan MITI bahagian rundingan strategik dan ketua perunding bagi CPTPP, Arividya Arimuthu berkata dokumen itu dijangka dimuktamadkan pada mingguu-minggu akan datang.
"Kami beri jaminan sebaik sahaja CBA bagi CPTPP dimuktamadkan MITI akan menyediakannya kepada orang ramai," katanya kepada Bernama.
CPTPP adalah perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang memberikan layanan keutamaan kepada anggotanya - dengan 11 negara telah memeterai perjanjian itu termasuk Malaysia. Bagaimanapun, Malaysia masih belum meratifikasikan perjanjian perdagangan itu.
Malaysia kekal sebagai negara penandatangan berserta dengan Brunei dan Chile, tetapi tidak menikmati kadar tarif keutamaan yang ditawarkan dalam perjanjian itu.
Perjanjian itu telah dikuatkuasakan di Australia, Kanada, Jepun, New Zealand, Mexico, Peru, Singapura dan Vietnam.
Sehingga proses ratifikasi dipenuhi, Malaysia diberi status pemerhati dan tidak mempunyai sebarang hak untuk menghalang apa juga keputusan yang dibuat berkaitan dengan penguatkuasan perjanjian itu.
CPTPP merangkumi setiap aspek perdagangan termasuk e-dagang, perusahaan milik negara dan tambahan disiplin bagi hak harta intelektual serta halangan terknikal kepada perdagangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MITI
#CPTPP
#Arividya Arimuthu
#cba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan