Anda ada RM8? Gunakan untuk bina rumah bersama Maxis

Malik Ridhwan
Januari 27, 2016 03:27 MYT
Sulin Lau: Kami di Maxis percaya Internet telah menyediakan langkah pertama yang penting dan mudah untuk kita bersatu dan melakukan perubahan. - Foto Maxis
Lazada, Zalora, Gem Five, Rakuten dan Happyfresh bekerjasama dengan Maxis dan EPIC Homes untuk membina rumah dengan cara crowdfunding.
Projek Kongsi Home Maxis memberi peluang kepada orang ramai untuk membeli produk dan secara tidak langsung menyumbang bahan binaan bernilai RM8 kepada projek pembinaan rumah.
Dari kiri: Handa (Rakuten Malaysia), Miki Ong (Gem Five), John-son Oei (EPIC Homes), Sulin Lau (Maxis), Andrew Gnananatham (Lazada), Marcus Chan (HappyFresh) dan Lee Sue Ann (Zalora) semasa sidang media Projek Kongsi Home Maxis. - Foto Maxis
Projek pembinaan rumah untuk komuniti oleh EPIC Homes akan dibina dengan dana yang dikumpul melalui kelima-lima laman membeli belah berkenaan.
Caranya mudah!
Ini pula antara bahan-bahan binaan yang anda boleh membeli untuk disumbangkan kepada Projek Kongsi Home Maxis.

“Sesetengah daripada kita seringkali menganggap masalah utama mengenai isu perumahan untuk mereka yang memerlukan, sebagai satu isu besar dan tidak dapat diselesaikan."

Sulin Lau Ketua Perkhidmatan Pemasaran Maxis

Menurut laporan kajian e-dagang eCommercialMILO, terdapat kira-kira tujuh juta pembeli dalam talian di Malaysia.
Jika lima peratus pelanggan membeli-belah dalam talian di Malaysia menderma RM8, Projek Kongsi Home Maxis mampu membina 50 buah rumah baru bersama EPIC Homes.

“Apabila kita dapat mencapai matlamat untuk membina rumah-rumah bagi setiap keluarga di negara ini, anda akan tahu bahawa sumbangan kecil anda adalah sebahagian daripada sesuatu yang besar."

John-Son Oei Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas EPIC Homes

Bagi anda yang ingin membuat sumbangan atau menjadi sukarelawan untuk membina rumah menerusi EPIC Homes, layari www.maxis.com.my/kongsihome
#crowdfunding #EPIC Homes #Gem Five #happyfresh #Lazada #Maxis #Projek Kongsi Home #Rakuten #zalora