Apa yang Anda Dapat daripada Bajet 2026? STR, SARA, Bantuan Ibu Tunggal, Pelajar & Banyak Lagi – Semak Analisis Penuh di Sini!
BISNES

Apa yang anda dapat daripada Belanjawan 2026? Kami senaraikan untuk anda!

Nabilah Khaleeda 10/10/2025 | 12:23 MYT
Semua penerima STR juga akan menerima SARA melalui Belanjawan 2026. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membentangkan Belanjawan 2026 di Parlimen, hari ini, dan ia dianggap tidak sekadar berfungsi sebagai perencanaan kewangan tahunan tetapi merupakan kompas sejarah untuk era mendatang.

Menurut Anwar, Belanjawan MADANI Keempat ini adalah saksi bahawa Malaysia memilih jalan kebangkitan dan pembaharuan nasional (national rejuvenation) yang menyeluruh.

Berikut adalah senarai ringkas dan padat tentang apa yang anda perlu tahu:

- Sembilan juta penerima STR akan menerima SARA sehingga RM100 sebulan (RM1,200 setahun).
- Sejuta penerima STR bawah e-Kasih akan menerima SARA sehingga RM200 sebulan (RM2,400 setahun).
- Kategori bujang akan menerima RM50 sebulan melalui SARA (RM600 setahun).
- Kadar maksimum isi rumah: Pendapatan bawah RM2,500 sebulan, mempunyai 5 anak : Terima STR RM2,200 + SARA RM2,400 = RM4,600 setahun

- 5,000 ibu tunggal miskin akan dapat bantuan guaman untuk kes perceraian dan hak penjagaan anak
- Pelepasan cukai RM3,000 untuk yuran penjagaan anak hingga umur 12 tahun

- Bantuan Sara Hidup KEMAS naik dari RM300 ke RM500 sebulan
- Bantuan Khas Kewangan RM250 untuk pesara kerajaan
- Program pembiayaan mikro KWAP: RM20 juta

- Subsidi pertanian tertinggi dalam sejarah: RM2.62 bilion
- Elaun sara hidup nelayan: RM300 sebulan
- Insentif penuaian padi: RM50 sehektar
- Setiap pesawah dijangka terima RM4,300 sehektar semusim

- 100 peratus pengecualian duti eksais dan cukai jualanuntuk pembelian kereta nasional baharu (PROTON/Perodua)

- HRD Corp: 3 juta peluang latihan terutamanya bagi sektor teknologi tinggi, digital dan peralihan tenaga.
- Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): RM650 juta untuk 25,000 pelatih terutamanya bidang Induk Perindustrian Baharu (NIMP) seperti kecerasan buatan (AI), kenderaan elektik (EV) dan semikonduktor.
- GiatMARA: latihan untuk 13,000 golongan tumpuan termasuk pekerja gig
- Program IPT@Komuniti: RM45 juta untuk pelajar tahfiz dan pondok

- Bantuan Awal Persekolahan: RM150 untuk 5.2 juta murid
- Biasiswa Kecil Persekutuan: RM150 juta
- Rancangan Makanan Tambahan: RM870 juta

- Dapur MADANI: RM26 juta bagi membekalkan peralatan memasak dan bahan mentah.
- Peluang pekerjaan sambilan di dalam kampus melalui MySiswa Job On Campus
- PTPTN Percuma: RM120 juta untuk 5,800 pelajar miskin
- Pengecualian bayaran balik untuk pelajar kelas pertama dari keluarga B40/M40

- Elaun murid OKU: RM150 sebulan untuk 150,000 murid
- Van mobiliti khas OKU: 100 unit untuk memudahkan pergerakan
- Pelepasan cukai dinaikkan kepada RM10,000 untuk anak kurang upaya

- Skim Pembiayaan Perumahan Muda (LPPSA) dilanjutkan hingga 2026
- Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) jamin pinjaman sehingga 120 peratus untuk penjawat awam kontrak
- BSN sediakan RM500 juta untuk pinjaman rumah pertama

- Sumbangan SARA RM100 kepada 22 juta rakyat pada Februari 2026
- Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk penjawat awam gred 56 ke bawah
- Sumbangan khas RM500 untuk guru KAFA, imam, bilal, tok siak dan marbut





#Belanjawan 2026 #Str #sara #TVET