awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Misi Kemanusiaan GSF 2.0 dijangka dilancar pertengahan tahun ini - Sani Araby
Rasuah tender perolehan Tentera Darat: 26 syarikat kini disiasat SPRM
Mekanisme latihan, perlindungan sosial pekerja gig sedang diperhalusi - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APEC 2020: Jepun tumpu transformasi digital, usaha pulihkan ekonomi

Hilmi Malik
Hilmi Malik
20/11/2020
13:38 MYT
APEC 2020: Jepun tumpu transformasi digital, usaha pulihkan ekonomi
Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga menjelaskan negaranya akan menumpukan ke arah pemulihan semula ekonomi khususnya ketika dunia berdepan pandemik COVID-19. - Foto Reuters
KUALA LUMPUR:Jepun akan mengambil peranan utamanya dalam bekerjasama bersama Anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) dalam usaha mewujudkan masyarakat yang berdaya tahan.
Perdana Menterinya, Yoshihide Suga berkata, negaranya juga akan menumpukan kea rah pemulihan semula ekonomi khususnya ketika dunia berdepan penularan pandemik COVID-19.
“Keutamaan pentadbiran saya adalah untuk mempromosikan transformasi digital serta mewujudkan masyarakat yang mesra alam.
“Melihat kepada corak kehidupan masyarakat yang berubah akibat COVID-19 maka peralihan kepada era digital ini adalah sesuatu yang amat penting,” katanya ketika berucap pada sesi Dialog CEO Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik secara maya pada Jumaat.
Tambah Yoshihide, Jepun akan turut menjalinkan kerjasama rapat bersama sector perniagaan sekali gus menyumbang kepada usaha APEC.
Malah, Yoshihide juga memberikan komitmen untuk terus mewujudkan perdagangan bebas dan terbuka di rantau Asia Pasifik yang dilihat sebagai kemakmuran bersama seiring tema APEC 2020, "Kemakmuran Bersama".
Sesi dialog CEO melibatkan kesemua pemimpin rantau Asia Pasifik yang berlangsung secara maya berikutan situasi penularan pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dialog CEO Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
#Yoshihide Suga
#transformasi digital
#Asia Pasifik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan