awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APEC2020: Sekretariat yakin SOM1 akan capai matlamat

Bernama
Bernama
31/01/2020
07:51 MYT
APEC2020: Sekretariat yakin SOM1 akan capai matlamat
Integrasi ekonomi serantau sangat penting, dan untuk itu perlu bekerjasama dalam memastikan ekonomi global terus berkembang supaya kita semua dapat meraih manfaat daripada perdagangan antarabangsa dan pertumbuhan ekonomi yang terangkum. - Gambar fail
Pengarah Eksekutif Sekrertariat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria optimis Mesyuarat Pertama Pegawai Kanan APEC (SOM1) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan, akan mencapai matlamatnya.
Mesyuarat SOM1 dan mesyuarat berkaitan akan berlangsung di Putrajaya mulai 3 Feb hingga 22 Feb 2020.
Dalam temu bual yang dimuatkan di laman sesawang Sekretariat APEC, beliau berkata sekretariat itu juga akan memastikan inisiatif terdahulu yang telah membuahkan hasil, akan diteruskan dan dikekalkan.
"Bagi APEC, ada keazaman politik dalam memastikan matlamat konkrit tercapai.
"Kami mahu memberitahu seluruh dunia bahawa integrasi ekonomi serantau sangat penting, dan untuk itu kita perlu bekerjasama dalam memastikan ekonomi global terus berkembang supaya kita semua dapat meraih manfaat daripada perdagangan antarabangsa dan pertumbuhan ekonomi yang terangkum," katanya.
Hampir 1,500 pembuat dasar, pemimpin perniagaan dan ahli akademik dari 21 negara anggota APEC akan berkumpul minggu depan untuk membincangkan dan merangka agenda dasar bagi isu-isu paling mendesak di era digital, termasuk multilateralisme, perdagangan dan pelaburan, pembangunan modal insan dan kemapanan.
Topic Berkaitan
#APEC
#APEC2020
#ekonomi
#Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
#Mesyuarat Pertama Pegawai Kanan APEC
#multilateralisme
#pelaburan
#perdagangan
#Putrajaya
#Rebecca Fatima Sta Maria
#SOM1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan