awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan, langkah persediaan jana pendapatan baharu
GeForce NOW perkenal had permainan 100 jam sebulan mulai Januari, Malaysia tidak terkesan
Kes 1MDB: Mahkamah Tinggi tolak pembelaan Najib berkaitan derma politik keluarga diraja Arab Saudi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple fokus pembangunan iPhone 17 yang lebih nipis untuk 2025

Amanz
Amanz
17/06/2024
06:54 MYT
Apple fokus pembangunan iPhone 17 yang lebih nipis untuk 2025
Pengenalan iPad Pro bersaiz nipis itu adalah hanya permulaan, dan Apple dijangka memperkenalkan peranti-peranti lain yang nipis dalam tahun-tahun akan datang. -Amanz
APPLE pada tahun ini telah memperkenalkan iPad Pro yang bersaiz sangat nipis – lebih nipis berbanding dengan model iPad Air sendiri.
Kini, mengikut laporan Bloomberg, pengenalan iPad Pro bersaiz nipis itu adalah hanya permulaan, dan Apple dijangka akan memperkenalkan peranti-peranti lain yang nipis dalam tahun-tahun akan datang.
Buat masa ini, Apple dikatakan sedang memfokuskan untuk menghasilkan iPhone 17 dengan rekaan yang nipis, dan bakal diperkenalkan pada 2025.
Laporan terbaharu ini adalah selari dengan pelbagai laporan sebelum ini, termasuk desas-desus mengatakan iPhone 17 Slim bakal hadir pada 2025.
Di samping iPhone, Apple juga dikatakan bakal hadir dengan MacBook Pro bersaiz lebih nipis, disamping yang dinantikan ramai adalah Apple Watch bersaiz nipis.
Sekiranya berjaya, tidak mustahil lebih ramai akan meminati penawaran Apple – apatah lagi jikalau berjaya mengekalkan ketahanan bateri dan prestasi yang lebih baik melalui penawaran peranti bersaiz lebih nipis dan ringan. -Amanz
Topic Berkaitan
#Apple
#peranti lebih nipis
#iPhone 17
#macbook pro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan