BISNES
Apple kini bernilai AS$4 trilion
Saham Apple (AAPL) meningkat sebanyak 0.1 peratus pada Selasa, meneruskan momentum pemulihan yang didorong oleh jualan memberangsangkan iPhone 17 – termasuk di pasaran utama seperti China.
APPLE Inc. mencatat sejarah baharu apabila nilai pasaran syarikat itu melepasi paras AS$4 trilion, sekali gus menyertai kelompok eksklusif bersama gergasi teknologi lain seperti Nvidia dan Microsoft yang terlebih dahulu mencapai pencapaian tersebut tahun ini.
Saham Apple (AAPL) meningkat sebanyak 0.1 peratus pada Selasa, meneruskan momentum pemulihan yang didorong oleh jualan memberangsangkan iPhone 17 – termasuk di pasaran utama seperti China, yang sebelum ini menjadi cabaran buat syarikat berkenaan.
Lonjakan ini menandakan perubahan nasib Apple berbanding awal tahun, apabila sahamnya merosot ekoran pelbagai cabaran termasuk tarif dikenakan pentadbiran Presiden Donald Trump, kelewatan pelancaran produk berasaskan kecerdasan buatan (AI), serta tekanan untuk menghasilkan telefon pintar secara domestik.
Pada April lalu, Apple kehilangan lebih AS$310 bilion dalam satu sesi dagangan.
Namun, kebangkitan semula Apple menunjukkan bahawa iPhone masih mampu menarik minat pengguna dan pelabur Wall Street, meskipun syarikat itu dilihat ketinggalan dalam perlumbaan AI.
Setakat tahun ini, saham Apple hanya meningkat sekitar 7 peratus – jauh lebih rendah berbanding lonjakan 30.7 peratus pada 2024 dan juga di bawah prestasi pasaran secara keseluruhan yang mencatat kenaikan 17 peratus.
Rekod baharu ini hadir dalam tahun yang menyaksikan saham teknologi melonjak tinggi, didorong oleh kegilaan terhadap AI yang melonjakkan nilai syarikat-syarikat besar ke paras tertinggi.
Kejayaan Nvidia – pembekal cip AI utama – dan Microsoft – pemain besar dalam pasaran awan – yang mendahului Apple dalam mencapai nilai AS$4 trilion, memperlihatkan betapa pentingnya teknologi AI kepada pelabur Wall Street.
Sebelum ini, rekod penilaian tertinggi sering dikaitkan dengan Apple.
Apple menjadi syarikat pertama yang disenaraikan secara awam mencapai nilai AS$1 trilion pada Ogos 2018, kemudian AS$2 trilion pada Ogos 2020 dan melepasi AS$3 trilion pada Januari 2022 – namun hanya menutup dagangan pada paras itu pada Jun 2023.
Ketika Wall Street berlumba-lumba untuk meraih keuntungan daripada teknologi yang dilihat berpotensi mengubah landskap seperti mana telefon pintar dan internet, AI kini memainkan peranan besar dalam pelbagai sektor termasuk pekerjaan, kesihatan dan pendidikan.
Buat masa ini, iPhone kekal sebagai pemacu utama kejayaan Apple.
“Jelas kepada kami bahawa (CEO Tim) Cook dan pasukannya akhirnya menemui formula kejayaan menerusi iPhone 17 dan kini pasaran menantikan pelan strategik AI yang bakal diumumkan,” kata penganalisis Wedbush Securities, Dan Ives dalam nota bertarikh 20 Oktober. - Agensi