BISNES
Apple tangguh pelancaran iPhone Air di China akibat isu kawal selia eSIM
Telefon pintar iPhone Air dipamerkan pada satu pengumuman produk baru di Apple Park, Cupertino, California, 9 Sept 2025. (AP)
SAN JOSE (Amerika Syarikat): Apple menangguhkan pelancaran iPhone Air terbaharu di China susulan isu kawal selia berkaitan reka bentuk telefon yang hanya menggunakan eSIM, menurut syarikat itu pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Syarikat telekomunikasi tanpa wayar China perlu mendapatkan lesen kerajaan sebelum menawarkan peranti dengan teknologi eSIM, namun kelulusan masih belum diberikan.
Apple berkata pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan pengawal selia dan penyedia perkhidmatan bagi membolehkan iPhone Air dilancarkan "secepat mungkin."
iPhone Air yang diumumkan pada Selasa dalam acara tahunan pelancaran produk Apple, merupakan pembaharuan reka bentuk terbesar sejak iPhone X pada 2017.
Dengan ketebalan hanya 5.6 milimeter, ia adalah iPhone paling nipis pernah dihasilkan dan menghapuskan sepenuhnya slot kad SIM fizikal.
Sebaliknya, ia bergantung sepenuhnya kepada eSIM yang menurut Apple meningkatkan kecekapan dan memanjangkan hayat bateri.
Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook memberitahu CNBC bahawa penghapusan SIM fizikal memberi ruang untuk bateri lebih besar sambil mengekalkan reka bentuk nipis peranti itu.
Apple pada asalnya merancang membuka prapesanan di China pada Jumaat 2 pagi EST (0600 GMT), dengan jualan bermula 19 Sept.
Namun, laman web Apple China kini menyatakan butiran pelancaran akan "dikemas kini kemudian."
China Mobile, China Telecom dan China Unicom dijangka menyokong keupayaan eSIM iPhone Air sebaik sahaja kelulusan diperoleh.
Penangguhan ini menyerlahkan ketegangan antara strategi reka bentuk global Apple dengan kawal selia teknologi yang ketat di China.
Sementara itu, iPhone Air akan dilancarkan seperti dirancang di pasaran lain.
-- BERNAMA