BISNES
ASEAN perlu gubal ekonomi baharu, fokus syarikat teknologi serantau - Liew
Liew berkata rantau ini perlu pendekatan yang lebih strategik ke hadapan termasuk memberi tumpuan kepada perkembangan syarikat teknologi multinasionalnya sendiri. - Gambar fail/Bernama
SINGAPURA: Negara-negara ASEAN digesa agar beralih daripada model perindustrian berasaskan eksport memandangkan ia disifatkan tidak lagi mampan dalam menghadapi cabaran global semasa, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong.
Liew berkata, rantau ini perlu pendekatan yang lebih strategik ke hadapan termasuk memberi tumpuan kepada perkembangan syarikat teknologi multinasionalnya sendiri.
"Model ekonomi sedia ada dilihat tidak lagi mampan pada masa depan. Rundingan perdagangan sahaja tidak mencukupi.
"Kita perlu mula memikirkan mengenai penubuhan kesatuan kastam dan membentuk dasar industri bersama," katanya ketika berucap pada Persidangan Asia Future bertemakan ASEAN's Role in a New World Order, di sini.
Liew turut menegaskan keperluan ASEAN untuk menyatakan pendirian terhadap Cukai Minimum Global (GMT) bagi memastikan para pelabur memahami bahawa peraturan cukai akan dilaksanakan secara seragam di seluruh rantau ini, sekali gus mengelak persaingan tidak sihat untuk menarik pelaburan langsung asing.
"Saya amat berharap lebih banyak negara ASEAN akan bersatu dalam pelaksanaan GMT," katanya lagi.
Jelas beliau, sumbangan cukai yang tinggi daripada kalangan pelabur boleh membantu menangani isu cabaran sosial yang dihadapi oleh generasi muda, terutamanya isu gaji rendah yang telah mencetuskan protes di beberapa negara.
Ini kerana matlamat utama ASEAN adalah untuk membina kelas pertengahan yang berdaya saing serta memastikan penduduk rantau ini menjadi lebih makmur sebelum rantau ini mengalami penuaan populasi.
"Penduduk seramai 700 juta orang yang masih dalam kemiskinan tidak akan membantu membentuk pasaran yang mampan.
"Tetapi jika kita berjaya mewujudkan kelas pertengahan seramai 300 juta orang, ASEAN akan menjadi pasaran yang sangat menarik, bukan sahaja untuk rantau ini, tetapi juga untuk pengeksport dari Amerika Syarikat, Eropah dan China," katanya.
-- BERNAMA