awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN perlu manfaatkan peluang di sebalik langkah tarif AS - Pengerusi ASEAN-BAC

Bernama
Bernama
08/06/2025
21:00 MYT
ASEAN perlu manfaatkan peluang di sebalik langkah tarif AS - Pengerusi ASEAN-BAC
Nazir menekankan kepentingan memperkukuh hubungan ekonomi intrarantau dengan meningkatkan perdagangan dan pelaburan dalam kalangan negara anggota ASEAN. - Gambar fail/Astro AWANI
HANOI: Negara Asia Tenggara boleh memanfaatkan pelaksanaan tarif dan dasar Amerika Syarikat yang lain dengan menilai semula hubungan perdagangan yang sebelum ini terabai serta membuka pintu kepada pelajar antarabangsa, menurut Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC), Tan Sri Nazir Razak.
Agensi Berita Vietnam (VNA) melaporkan, Nazir yang mengetuai majlis itu sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia pada 2025 menekankan kepentingan memperkukuh hubungan ekonomi intrarantau dengan meningkatkan perdagangan dan pelaburan dalam kalangan negara anggota ASEAN.
Beliau turut menyeru agar ASEAN menjalin kerjasama lebih erat dengan negara lain di dunia seperti China, India dan Jepun.
Ketua ASEAN-BAC itu juga mencadangkan agar ASEAN dan Jepun bekerjasama dalam bidang seperti kecerdasan buatan dan tenaga memandangkan kedua-dua pihak berpotensi membina keupayaan bersama dalam bidang tersebut.
-- BERNAMA
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#tarif AS
#perdagangan
#Nazir Razak
#ASEAN
#ASEAN25
#ASEAN2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan