KUALA LUMPUR: Negara-negara ASEAN akan mendapat keuntungan daripada penyertaan China ke dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), kata Ketua Nation-Building Institute (Thailand) Prof Dr Kriengsak Chareonwongsak.
CPTPP merupakan perjanjian perdagangan bebas (FTA) membabitkan 11 negara di sekitar Lingkaran Pasifik iaitu Mexico, Kanada, Peru, Chile, New Zealand, Australia, Brunei, Singapura, Malaysia, Jepun, dan Vietnam.
Pada 16 September 2021, China secara rasmi mengajukan permintaan untuk menyertai CPTPP, ini disambut baik oleh Malaysia.
"China melalui penyertaan dalam CPTPP dan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) akan membolehkan kami (ASEAN) memanfaatkan kedua-dua blok tersebut dan akhirnya, kami dapat bergabung.
Forum yang bertemakan "Membangun Semula ASEAN Ke Arah Pemulihan Berkelanjutan" itu, dianjurkan secara bersama oleh Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik dan Kelab Ekonomi Kuala Lumpur.
Chareonwongsak juga memberitahu ASEAN akan dapat memperoleh kekuatan dalam kelebihan perbandingan dengan China di kedua blok berkenaan.
"Namun, jika pada masa yang sama, kita mampu menarik Amerika Syarikat (AS) ke dalam CPTPP, ini akan mewujudkan perubahan yang lebih besar," katanya.
Rundingan perdagangan awal untuk apa yang dikenali sebalum ini sebagai Perkongsian Trans-Pasifik telah berlangsung selama lima tahun, dari Mac 2010 hingga 5 Okt 2015.
AS telah menjadi peserta dalam rundingan itu, bagaimanapun, Presiden Donald Trump pada 2016 telah memutuskan untuk negara itu menarik diri sebelum sempat perjanjian tersebut diratifikasi.
Baki 11 negara meminda teks perjanjian itu dan mengganti namanya kepada CPTPP yang kemudian dimeterai bersama pada Mac 2018.
Bernama yang memetik kenyataan Kementerian Antarabangsa Perdagangan dan Industri (MITI) baru-baru ini mengumumkan Malaysia sedang ke arah untuk mengesahkan CPTPP, sementara menunggu mandat terperinci dan jelas dari kabinet.
Malaysia mempunyai FTA dengan China melalui FTA ASEAN-China.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 07 2021

Pada 16 September 2021, China secara rasmi mengajukan permintaan untuk menyertai CPTPP, ini disambut baik oleh Malaysia.

Lebih 1,000 mangsa banjir masih ditempatkan di PPS petang ini
Seramai 1,446 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri, setakat 2 petang tadi.

Rais saran wujudkan kawasan warisan 'Dunia Melayu' di Kuala Lumpur
DBKL disaran mewujudkan satu kawasan khusus warisan 'Dunia Melayu' yang mengandungi segala elemen aspek kehidupan mencerminkan seni budaya tinggi dan warisan Melayu.

MOT cadang bas perantara dari KL Sentral ke Parlimen elak kesesakan
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, hasrat itu telah dinyatakan kepada Speaker serta Prasarana untuk menggunakan bas Rapid KL sepanjang berlangsungnya sidang Parlimen.

Guna nama tokoh terkenal, rugi sehingga RM4.6 juta masuk aplikasi e-ganjaran
Ramai terpedaya selepas menyertai skim penipuan aplikasi e-ganjaran (ganjaran dalam talian) yang menawarkan baucer sehingga 50 peratus sejak 2018.

AS-China | Pentagon dakwa belon pengintip China di ruang udara AS
Amerika Syarikat sedang memantau belon pengintip yang disyaki milik China yang berada di ruang udara di negeri Montana. Menurut Pentagon, pihaknya sedang menjejaki pergerakan belon tersebut yang disahkan masih berada di ruang udara di kawasan tersebut.

Belanjawan 2023 dijangka berasaskan kepada keadaan semasa ekonomi - Bank Dunia
Belanjawan 2023 yang dijadual dibentangkan semula pada 24 Feb ini dijangka berasaskan kepada keadaan semasa ekonomi domestik dan juga global.

Mohamed Khaled kekal pertahan jawatan Naib Presiden UMNO
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengesahkan akan mempertahankan jawatannya pada Pemilihan UMNO 2023.

AWANI Ringkas: Bankrap, Jabatan Insolvensi rangka cadangan pindaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[TERKINI] Serah kepada KDN, MOF perinci penjualan mercun dan bunga api [TERKINI] Serah kepada KDN, MOF perinci penjualan mercun dan bunga api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007816/33867763201675413347270_640x360.jpg)
[TERKINI] Serah kepada KDN, MOF perinci penjualan mercun dan bunga api
Kementerian Pembangunan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperincikan garis panduan berhubung lesen penjualan mercun dan bunga api. Menteri KPKT, Nga Kor Ming berkata, pihaknya turut menyerahkan kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk menentukan jumlah cukai yang perlu dibayar oleh pengimport mercun dan bunga api. Jelas beliau, secara dasarnya Kabinet telah bersetuju dengan lesen berkenaan semalam.

Zambry bersama menteri-menteri ASEAN bertemu Jokowi sebelum Mesyuarat ACC
Pelbagai perkara dibincangkan termasuk usaha mengukuhkan ASEAN dan meningkatkan kerjasama dalam kalangan negara anggota.

Zambry bersama menteri-menteri ASEAN bertemu Jokowi sebelum Mesyuarat ACC
Pelbagai perkara dibincangkan termasuk usaha mengukuhkan ASEAN dan meningkatkan kerjasama dalam kalangan negara anggota.

Zambry akan hadir Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN
Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN (ACC) ke-32 dan Sesi Pemukiman Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM).

Rangka kerjasama ekonomi digital Malaysia-Singapura boleh jadi contoh kepada negara ASEAN - Tengku Zafrul
Rangka kerja itu merupakan inisiatif untuk meningkatkan kerjasama dua hala dalam bidang ekonomi digital dan ekonomi hijau.

Perdagangan EU-Malaysia capai peringkat prapandemik menjelang akhir tahun - Duta
Kesatuan politik Eropah berikrar untuk terus menjadikan Malaysia sebagai rakan strategiknya.

Menteri luar ASEAN bertemu di Jakarta awal bulan depan
Menteri-menteri luar ASEAN dijadual bertemu di sini pada 3 hingga 4 Februari, menurut Sekretariat ASEAN.

EU akan tumpu perkukuh kerjasama ekonomi dengan ASEAN - Duta
Pemimpin EU telah mengumumkan 10 bilion Euro (AS$10.88 bilion) dalam pelaburan di Asia Tenggara dalam beberapa tahun akan datang.

Jokowi optimis ASEAN kekal relevan meski berdepan krisis global
Tidak mudah bagi Indonesia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini berikutan krisis ekonomi, tenaga, makanan dan perang sedang melanda dunia.

FMM gesa tambah baik dasar perdagangan
FMM berpendapat Malaysia masih boleh menawarkan syarikat baharu kemasukan dan batu loncatan ke dalam pasaran ASEAN.

Rundingan tahunan Malaysia-Brunei tahun ini di Malaysia
Rundingan tahunan pemimpin Malaysia dan Brunei (ALC) yang bertujuan meningkatkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara akan diadakan di Malaysia pada tahun ini.

2023 uji kecekalan kepimpinan Indonesia dalam ASEAN
Selepas berjaya menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak G20 pada November tahun lalu, pemerhati geopolitik yakin dengan kepimpinan Indonesia di ASEAN.