awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
AI perlu dilihat sebagai sebagai pemerkasa industri - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BISNES

Aset rizab rasmi Malaysia AS$119.59 bilion pada akhir Mei 2025 - BNM

Bernama
Bernama
30/06/2025
07:30 MYT
Aset rizab rasmi Malaysia AS$119.59 bilion pada akhir Mei 2025 - BNM
Menurut BNM, aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$119.59 bilion pada akhir Mei 2025
KUALA LUMPUR: Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$119.59 bilion (UA$1= RM4.21) pada akhir Mei 2025 manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$955.2 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Ringkasan AI
  • Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$119.59 bilion pada akhir Mei 2025, manakala aset mata wang asing lain ialah AS$955.2 juta, menunjukkan rizab negara kekal boleh guna mengikut format SDDS IMF.
  • Aliran keluar jangka pendek dalam tempoh 12 bulan akan datang dianggarkan AS$13.43 bilion, termasuk pembayaran balik pinjaman luar negeri dan kematangan bil mata wang asing; manakala unjuran aliran masuk ialah AS$2.63 bilion.
  • BNM tidak terlibat dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit, dan tiada pinjaman dengan opsyen atau kemudahan kredit tanpa syarat yang belum digunakan.

Bank pusat berkata butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Ia turut memberikan memberikan maklumat akan datang mengenai jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi Kerajaan Persekutuan dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang.
"Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia pada akhir Mei 2025 tetap boleh guna," kata bank pusat dalam kenyataan hari ini.
BNM berkata bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing, antaranya termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank BNM dalam mata wang asing berjumlah AS$13.43 bilion.
"Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak AS$24.18 bilion, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang," katanya.
Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek, kata BNM sambil memaklumkan unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.63 bilion untuk tempoh 12 bulan akan datang.
Bank pusat berkata satu-satunya aliran keluar bersih jangka pendek kontingensi bagi aset mata wang asing ialah jaminan kerajaan terhadap hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$419.0 juta.
"Aliran ini tidak mengandungi sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, serta tidak mempunyai kemudahan kredit dan kemudahan kredit tanpa syarat yang belum digunakan yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain.
"BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aset rizab rasmi Malaysia
#Bank Negara Malaysia
#BNM
#rizab antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami