awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM

Bernama
Bernama
28/06/2024
06:09 MYT
Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM
BNM berkata satu-satunya aliran keluar bersih jangka pendek kontingensi bagi aset mata wang asing ialah jaminan kerajaan terhadap hutang luar negara dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh setahun berjumlah US$400.8 juta.
KUALA LUMPUR: Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$113.59 bilion (US$1=RM4.72) setakat akhir Mei 2024 manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$5.0 juta, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Menerusi kenyataannya hari ini, bank pusat itu berkata butiran terperinci rizab antarabangsa memberi maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab dan aset mata wang asing lain yang mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Pada masa sama, ini turut memberi jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi Kerajaan Persekutuan dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang.
"Secara keseluruhannya, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia pada akhir Mei 2024 tetap boleh guna," katanya.
BNM berkata bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing yang antara lainnya termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negara oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara yang berjumlah US$16.19 bilion.
Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak US$26.89 bilion pada akhir Mei 2024, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.
Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek dan unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah US$2.39 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang, katanya.
BNM berkata satu-satunya aliran keluar bersih jangka pendek kontingensi bagi aset mata wang asing ialah jaminan kerajaan terhadap hutang luar negara dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh setahun berjumlah US$400.8 juta.
"Aliran ini tidak mengandungi sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, tidak mempunyai kemudahan kredit dan kemudahan kredit tanpa syarat belum digunakan yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa serta bank dan institusi kewangan lain.
"Bank Negara Malaysia juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#ringgit
#Aset rizab rasmi Malaysia
#aset mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan