Asia Aviation lantik Simon Perkins sebagai Timbalan CEO, CFO

Bernama
September 21, 2016 04:03 MYT
Perkins, rakyat Britain, mempunyai latarbelakang kukuh dalam perakaunan, pengurusan risiko dan operasi perbankan, serta pengalaman 20 tahun dalam industri komersial dan perbankan/pajakan di Asia dan Eropah. - Sumber foto AirAsia
Unit pajakan pesawat AirAsia Bhd, Asia Aviation Capital Ltd (AACL), melantik Simon Perkins sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangannya yang baharu berkuat kuasa 1 Okt.
Perkins, rakyat Britain, mempunyai latarbelakang kukuh dalam perakaunan, pengurusan risiko dan operasi perbankan, serta pengalaman 20 tahun dalam industri komersial dan perbankan/pajakan di Asia dan Eropah.
"Kejayaan beliau membangunkan perniagaan pembiayaan pesawat di Asia dari peringkat awal, membuktikan beliau merupakan calon yang tepat untuk jawatan berkenaan ketika kami membangunkan peluang-peluang perniagaan di rantau ini dan melepasinya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes menerusi satu kenyataan di sini. - BERNAMA
#Asia Aviation Capital Ltd #Simon Perkins #Tony Fernandes