awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro ambil alih Basecamp Films, perluas khidmat pasca penerbitan

Bernama
Bernama
15/09/2023
22:45 MYT
Astro ambil alih Basecamp Films, perluas khidmat pasca penerbitan
Euan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings Bhd.
KUALA LUMPUR: Astro Productions Sdn Bhd (APSB), anak syarikat milik penuh Astro Malaysia Holdings Bhd, akan menawarkan perkhidmatan pasca produksi atau penerbitan susulan pemeteraian perjanjian dengan studio visual yang pernah meraih anugerah, Basecamp Films Sdn Bhd.
Perjanjian itu turut melibatkan pekerja, kemahiran, pengalaman serta aset Basecamp Films yang diserapkan ke dalam APSB bagi membentuk unit baharu, Astro Sound+Vision khusus untuk pembangunan masa depan pasca produksi untuk Astro serta industri terbabit.
"Menerusi pengembangan unit Sound+Vision ini, Astro kini dalam kedudukan tepat untuk menyampaikan standard antarabangsa serta hasil akhir kandungan video yang berkualiti untuk Astro dan pihak luar," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Euan Smith dalam kenyataan semalam.
Perkhidmatan Astro Sound+Vision itu turut meliputi aspek pengredan warna berkualiti tinggi berasaskan pawagam, pasca produksi Dolby Vision HDR, perkhidmatan makmal digital penuh serta output akhir penstriman 4K/HDR ke pawagam digital.
Astro memeterai perjanjian beli aset Basecamp Films
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Astro
#Basecamp Films
#Euan Smith
#perkhidmatan pasca produksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan