AstroBiz: Restoran Journey bawa komuniti berkumpul nikmati hiburan dan sajian enak

Restoran Journey menjadi lambang kejayaan usahawan tempatan yang terus menyerlah melalui platform AstroBiz, membuktikan bahawa hiburan dan perniagaan mampu bergerak seiring dalam memupuk komuniti yang lebih harmoni. -Gambar AstroBiz
PETALING JAYA: Gabungan makanan enak, suasana santai dan siaran sukan langsung menjadikan Restoran Journey antara destinasi pilihan untuk berkumpul bersama keluarga dan rakan.
Ringkasan AI
- Restoran Journey di Petaling Jaya menawarkan gabungan makanan enak, suasana santai, dan siaran sukan langsung sebagai destinasi berkumpul keluarga dan rakan.
- Pemilik restoran, Ram Sanker, menekankan konsep kasual yang mesra komuniti untuk mengeratkan hubungan di kalangan pelanggan.
- Siaran sukan langsung menerusi Astro memberi impak besar terhadap peningkatan jumlah pelanggan, terutama semasa musim perlawanan dan kejohanan berlangsung.
“Saya mahu suasana yang santai dan berasaskan komuniti. Di Journey Restaurant, orang ramai boleh menikmati makanan yang sedap, minuman yang menyegarkan, bermain pool, menonton siaran sukan langsung terima kasih kepada Astro,” katanya.
Antara menu yang menjadi pilihan utama pelanggan ialah char kuetiau, smash burger, chicken chop serta pelbagai hidangan fusion Barat dan Asia yang diolah bagi menepati cita rasa tempatan.

Antara menu yang menjadi pilihan utama pengunjung di restoran ini. - Gambar Astro Biz
Menurut Ram, siaran sukan langsung menerusi Astro memberi impak besar terhadap jumlah pelanggan, terutama ketika musim perlawanan dan kejohanan berlangsung.
“Impak paling ketara ialah apabila saya dapat menayangkan siaran sukan langsung, jumlah pelanggan meningkat dengan ketara. Ramai datang bersama keluarga dan rakan untuk makan sambil menonton sukan.
“Selain itu, AstroBiz turut membantu dari segi pemasaran melalui inisiatif seperti temu bual ini, yang sangat kami hargai,” tambahnya.
Bagi pelanggan tetap seperti Sham, keenakan hidangan di restoran itu menjadi tarikan utama setiap kali berkunjung.
“Makan sini memang sedap, macam nasi dengan kambing dan boleh katakan semua sedap,” katanya ringkas.
Seorang lagi pelanggan, Liza, berkata suasana santai dengan pilihan tempat duduk dalam dan luar menjadikan restoran itu pilihan untuk bersantai.
“Saya suka suasananya. Ada ruang luar dan dalam, dan di sini makanan Barat memang nombor satu,” ujarnya.
Sementara itu, pelanggan tetap, Felix, menyifatkan Journey Restaurant sebagai lokasi ideal untuk peminat sukan berkumpul.
“Memang menarik. Ramai orang datang ke sini untuk menonton bola sepak dan pelbagai acara sukan lain. Suasananya meriah, dengan pelbagai latar belakang pelanggan,” jelasnya.
Restoran Journey menjadi lambang kejayaan usahawan tempatan yang terus menyerlah melalui platform AstroBiz, membuktikan bahawa hiburan dan perniagaan mampu bergerak seiring dalam memupuk komuniti yang lebih harmoni.
Untuk maklumat lanjut mengenai Astro BizOne Rewards, layari biz.astro.com.my.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


