BISNES
Astro BizOne hidupkan suasana di Restoran Nasi Kandar Haziqah Gurun
Pengurus Restoren Nasi Kandar Haziqah Gurun, Mohamed Amirul Hanif Ajmal (kiri) memaklumkan jumlah pelanggannya meningkat kepada lebih 70 peratus selepas melanggan pakej Astro BizOne. -Foto Astro AWANI
GURUN: Keputusan Restoran Nasi Kandar Haziqah untuk melanggan Astro BizOne bagi memberikan kepuasan kepada pelanggan disifatkan sebagai langkah yang sangat tepat.
Ringkasan AI
Langkah itu bukan sahaja menambahkan bilangan pelanggan ke restoran berkenaan, malah menghidupkan suasana di sekitar Pekan Gurun, Kedah.
Pengurusnya, Mohamed Amirul Hanif Ajmal memaklumkan jumlah pelanggan yang datang ke restoran berkenaan telah meningkat kepada lebih 70 peratus berbanding sebelum melanggan pakej Astro BizOne.
Bahkan, ia juga sangat disambut baik penduduk setempat yang sebelum ini terpaksa ke restoran yang terletak sekitar 4 hingga 5 kilometer di Pekan Guar Cempedak.
"Memang mereka seronok sebab kawasan Gurun ini memang tiada kedai yang ada langgan Astro untuk mereka tengok bola.
"Bila kami datang dengan pakej Astro BizOne ini, mereka sangat menyokong, sebelum ini kebanyakan pelanggan pergi ke Guar Cempedak untuk tonton perlawanan bolasepak.
"Berkenaan makanan pula, mereka beri maklum balas yang sangat memuaskan setakat ini. Mereka beritahu makanan sedap dan lagi satu ramai maklum bahawa servis yang diberikan sangat laju," katanya.
Sementara itu, Amirul berkata, antara menu yang menjadi daya tarikan dan keunikan Nasi Kandar Haziqah adalah Rendang Daging Bawang yang difahamkan sukar didapati di tempat-tempat lain.
Selain menu berkenaan, antara yang menjadi pilihan pelanggan adalah roti nan keju, roti tisu, roti sarang burung daging, dan masakan panas.
Menurut seorang pelanggan yang ditemui, M. Mariappa, 57, keluarganya sering menjadikan Restoran Nasi Kandar Haziqah sebagai pilihan.
Ini kerana selain menu-menu yang memenuhi cita rasa, harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan.
"Kami kerap datang lagi pun saya orang Pulau Pinang, apabila saya singgah dekat rumah anak saudara saya di Sungai Petani atau Bedong, kami kerap datang ke sini sebab makanan-makanan dia ada banyak pilihan.
"Kami juga telah mencuba satu persatu menu yang ada termasuk tose, capati, roti naan, nasi kandar dan mi goreng, semua makanan memang sedap dan harga berpatutan," katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Sementara itu, bagi pesara kerajaan, Azizul Lebai Ishak, 60, dia sangat berpuas hati dengan menu yang ada, terutamanya nasi kandar, meskipun baru kali pertama mencuba.
Dia yang diperkenalkan oleh ahli keluarganya memaklumkan akan berkongsi dengan rakan-rakan yang lain selain mempromosikan Restoran Nasi Kandar Haziqah.
"Memang dari segi cita rasa, kena dengan kita, kami ini penggemar nasi kandar jadi nasi kandar di sini memang kena dengan cita rasa saya dan keluarga saya," jelasnya.
Ringkasan AI
- Restoran Nasi Kandar Haziqah di Gurun, Kedah catat peningkatan pelanggan lebih 70 peratus selepas melanggan Astro BizOne.
- Penduduk setempat gembira dapat menonton siaran langsung bola sepak tanpa perlu ke Guar Cempedak, sambil menikmati makanan yang sedap dan servis pantas.
- Menu unik seperti Rendang Daging Bawang serta roti nan keju dan nasi kandar jadi tarikan utama, dengan pelanggan puji cita rasa dan harga berpatutan.