BISNES
Astro BizOne jadi pemangkin kejayaan Restoran Syed Ali

Mohammed Muneer Bawasa berkata, Astro BizOne bukan sahaja memperkenalkan jenama restorannya malah menarik pelanggan baharu dan mengukuhkan reputasi premis berkenaan. - Gambar AstroBIZ
JOHOR BAHRU: Disifatkan sebagai ‘game changer’, Pakej Astro BizOne menjadikan Restoran Syed Ali tarikan utama pelanggan setempat, di sini.
Pengurus Restoran, Mohammed Muneer Bawasa berkata, langganan pakej itu membantu dari segi kelancaran operasi dengan menawarkan hiburan berkualiti kepada pelanggan.
Katanya, kehadiran kemudahan itu turut mengubah persepsi pelanggan yang melihat restoran berkenaan sebagai lebih premium dan eksklusif.
“Pelanggan bila datang awal-awal melihat benda ni semua (langgan Astro BizOne), mereka berasa kagum."Mereka pun cakap restoran kelihatan premium, nampak seperti ada kelas sikit,” katanya ketika ditemui di restoran itu, disini.
Beliau turut berkongsi pengalaman ketika berlangsungnya perlawanan bola sepak, suasana di restoran kini ibarat 'stadium mini', di mana pelanggan dapat menonton dengan lebih selesa dan meluangkan masa lebih lama akhirnya mendorong menjadi pelanggan setia.
Jelasnya, situasi berbeza sebelum adanya langganan pakej Astro BizOne, apabila cabaran utama adalah memastikan pelanggan kekal lebih lama di restoran tersebut.
“Dahulu pelanggan datang makan, kemudian terus balik. Kita pun tidak dapat nak berinteraksi dengan mereka, nak tengok apa maklum balas yang mereka bagi.
"Lepas langgan Astro BizOne ni, baru dapat tengok maklum balas, mereka (pelanggan) kini duduk lebih lama, lepak dengan kita,” katanya selepas ditemui di restoran itu.

Suasana di restoran kini ibarat 'stadium mini', di mana pelanggan dapat menonton dengan lebih selesa dan meluangkan masa lebih lama akhirnya mendorong menjadi pelanggan setia. - Gambar AstroBIZ
Restoran yang sudah lapan tahun beroperasi dengan 15 cawangan di Johor itu mengakui kempen Astro BizOne Rewards memberi impak besar kepada perniagaannya.
Katanya, peluang tersebut bukan sahaja memperkenalkan jenama restorannya malah menarik pelanggan baharu dan mengukuhkan reputasi premis berkenaan.
“Alhamdulillah, kalau jadi pemenang memang saya bersyukur sangat. Astro ini banyak tolong perniagaan kami.
"Jadi kedai pun menjadi lebih maju, orang dari jauh (luar kawasan) pun boleh tahu kami ada di sini,” katanya.
Justeru, beliau menyifatkan kemenangan kempen Astro Bizone Rewards ini sebagai 'hadiah cabutan bertuah' yang mampu merancakkan lagi pertumbuhan perniagaannya.
Kempen Astro BizOne Rewards menawarkan promosi eksklusif khusus untuk pelanggan F&B yang melanggan Pakej Astro BizOne.
Peluang ini membolehkan pemilik perniagaan meningkatkan potensi bisnes mereka ke tahap lebih tinggi.

Kempen Astro BizOne Rewards menawarkan hadiah bernilai RM3 juta, memberi peluang pemilik F&B meningkatkan potensi perniagaan. - Gambar AstroBIZ
Sertai Astro BizOne Rewards hari ini sebelum kempen berakhir pada 17 Oktober.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi: biz.astro.com.my.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami