[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
BUSINESS

Astro BIZone lancar kempen ganjaran RM3 juta, perkasa pertumbuhan SME

Astro Awani 22/04/2025 | 09:25 MYT
BIZone menyediakan rangkaian penuh liputan siaran langsung sukan dan kandungan hiburan, termasuk acara sukan terbesar seperti Premier League. - Foto Astro
KUALA LUMPUR: Astro melalui inisiatif BIZone melancarkan bantuan pemasaran yang direka khas bernilai RM3 juta untuk membantu industri makanan dan minuman (F&B) dan outlet komersial bagi meningkatkan lagi hasil dan jumlah pelanggan melalui pemasaran bersasar dan promosi ganjaran.
Astro dalam kenyataan hari ini memaklumkan kempen BIZone Rewards terbuka kepada semua outlet F&B dan komersial yang mendaftar, memperbaharui atau menaik taraf pek BIZone TV mereka sepanjang tempoh kempen berlangsung dari 7 April hingga 17 Oktober depan.
Jelasnya, sebanyak 200 outlet F&B akan dipilih sebagai pemenang dan menerima sebahagian daripada dana bantuan pemasaran bernilai RM3 juta, dengan pemilihan pemenang dilakukan setiap bulan menerusi cabutan oleh wakil Astro.
"Outlet yang terpilih bakal berpeluang untuk mendapat bantuan pemasaran seperti Pesta Menonton iaitu siaran langsung tayangan sukan yang dibiaya sepenuhnya untuk pelanggan, direka untuk menarik orang ramai dan menjadikan malam perlawanan sebuah acara utama
"Sesi Ramah Mesra: Penampilan selebriti atau pempengaruh terkenal sejurus meningkatkan perbualan, kehadiran pelanggan dan pengalaman yang berharga buat para pelanggan.
"Promosi Makanan: Kandungan eksklusif yang dihasilkan oleh pempengaruh makanan terkenal atau personaliti laman sosial, sekali gus meningkatkan imej kedai dalam kalangan ribuan pencinta makanan.
"Iklan Astro Radio: Outlet pilihan pelanggan akan dibawakan ke udara oleh stesen radio Astro menyasarkan jutaan pendengar dan membina kepercayaan kepada setiap segmen pendengar.
"Iklan Ruang TV: Outlet pilihan pelanggan akan mendapat liputan khas di Buletin AWANI atau Borak SeeNi, meningkatkan lagi jumlah tontonan kepada segenap lapisan masyarakat," kata Astro.
Sementara itu, Ketua Bahagian Segmen Korporat dan Perkhidmatan Jalur Lebar, Astro, Tan Sian Tuang berkata, BIZone telah mencapai pertumbuhan mendadak untuk menjadi salah satu tawaran perniagaan efektif daripada Astro.
Menurutnya, ribuan pengusaha F&B di seluruh Malaysia telah meraih manfaat daripada inisiatif berkenaan.
"Walau bagaimanapun, kami akui bahawa wujud cabaran dalam outlet F&B untuk mencapai sasaran mereka dan memacu pertumbuhan perniagaan.
"Oleh itu, kempen sokongan pemasaran ini direka bagi memberi mereka peralatan dan sumber yang mereka perlukan untuk mempromosikan tawaran, meningkatkan keterlihatan, dan semestinya meningkatkan lagi jumlah pelanggan," ujar beliau.
Dalam masa sama, beliau menambah kempen tersebut membolehkan para pelanggan BIZone mendapat akses kepada platform promosi impak tinggi yang kebiasaannya berada di luar jangkauan Industri Kecil Sederhana (IKS).
Foto/Astro
Sejak dilancarkan pada 2024, BIZone telah mencapai pertumbuhan yang memberangsangkan dan menunjukkan peningkatan tahunan sebanyak 34 peratus dalam jumlah pelanggan, iaitu melangkaui jangkaan pertumbuhan lima peratus setahun.
BIZone menyediakan rangkaian penuh liputan siaran langsung sukan dan kandungan hiburan, termasuk acara sukan terbesar seperti Premier League, Kejohanan BWF, Liga Malaysia, Liga Sepak Takraw, Formula 1, MotoGP, NBA, kriket dan tenis.
Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat kempen ini, layari https://biz.astro.com.my/bizone-rewards, WhatsApp AstroBIZ di +603 9544 7566 atau emel astrobusinesssupport@astro.com.my. Kempen berakhir pada 17 Oktober 2025.
#Astro #BIZone Reward #Kempen RM3 juta BIZone