BISNES
Astro BizOne lonjak pelanggan Uncle Don’s Equine Park
Kombinasi makanan berkualiti, layanan mesra dan akses kepada siaran sukan langsung menjadikan Uncle Don’s Equine Park terus kukuh sebagai destinasi pilihan utama komuniti di sekitar Seri Kembangan. - Gambar AstroBiz
SERI KEMBANGAN: Uncle Don’s Equine Park terus menjadi lokasi tumpuan komuniti setempat apabila gabungan makanan segar, suasana mesra dan siaran sukan langsung dikenal pasti sebagai antara faktor utama peningkatan pelanggan di restoran itu.
Restoran tersebut, yang baru-baru ini menerima ganjaran di bawah inisiatif Astro BizOne Rewards, turut mencatat pertumbuhan pelanggan yang ketara selepas memperluaskan tawaran hiburan berasaskan sukan kepada pengunjung.
Pemilik Bersama, Rishi, berkata kemudahan parkir yang luas menjadi kelebihan utama yang memudahkan pelanggan berkunjung ke restoran berkenaan.
“Kelebihan utama restoran kami ialah kemudahan parkir yang sangat luas bagi memudahkan pelanggan berkunjung,” katanya.
Beliau berkata makanan yang disediakan turut mengekalkan tahap kesegaran dan kualiti bagi memastikan pengalaman pelanggan sentiasa berada pada tahap terbaik.
“Makanan yang kami hidangkan sentiasa segar dan berkualiti, dan suasana di sini sememangnya mesra kerana pasukan kami terlatih dengan baik,” tambahnya.
Rishi berkata latihan berterusan kepada kakitangan serta usaha memperkenalkan menu baharu memberi nilai tambah kepada pelanggan, sekali gus membentuk kumpulan pelanggan tetap.
“Kami sentiasa melatih staf untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan menggalakkan pelanggan mencuba menu baharu, dan ramai pelanggan kembali kerana servis, kualiti dan hospitaliti yang kami berikan,” jelasnya.
Seorang lagi Pemilik Bersama, Surendran, menyifatkan pengiktirafan BizOne Rewards sebagai penghargaan besar kepada seluruh pasukan Uncle Don’s Equine Park.
“Kami sangat bersyukur kerana Uncle Don’s Equine Park dipilih sebagai pemenang BizOne Rewards kerana ini satu penghargaan besar untuk seluruh pasukan kami.
“Sebelum memasang Astro, jualan kami rendah tetapi selepas pemasangan Astro, jualan meningkat antara 20 hingga 30 peratus dan kami amat berterima kasih kepada Astro,” ujarnya.
Beliau berkata restoran itu kini menawarkan siaran sukan langsung sepanjang hari merangkumi pelbagai pertandingan utama.
“Di sini, pelanggan boleh menikmati siaran sukan langsung sepanjang hari termasuk badminton, bola sepak, ragbi dan F1,” katanya.
Seorang pelanggan, Nick Roy, berkata restoran itu menawarkan suasana yang selesa dengan pilihan tempat duduk di dalam atau di luar mengikut keselesaan pelanggan.
“Restoran ini selesa kerana pelanggan boleh memilih sama ada mahu duduk di dalam atau di luar mengikut suasana yang mereka inginkan.
“Makanan di sini pun sedap dan mee kari serta chicken grill antara menu yang saya suka,” katanya.
Bagi pelanggan tetap, Krishna, gabungan makanan yang enak dan suasana meriah ketika menonton bola sepak menjadi sebab utama beliau dan rakan-rakan sering kembali.
“Makanan di sini sangat sedap sebab itu kami dan rakan-rakan sering datang. Kami datang untuk menonton bola kerana suasananya hidup dan penuh semangat,” jelasnya.
Seorang lagi pelanggan, Arvinesh, berkata tenaga dan keterujaan penyokong setiap kali perlawanan berlangsung menjadikan suasana restoran itu lebih hidup.
“Setiap kali ada perlawanan, semangat para penyokong benar-benar menghidupkan suasana di sini,” katanya.
Kombinasi makanan berkualiti, layanan mesra dan akses kepada siaran sukan langsung menjadikan Uncle Don’s Equine Park terus kukuh sebagai destinasi pilihan utama komuniti di sekitar Seri Kembangan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Astro BizOne, layari biz.astro.com.my.