BISNES
Astro BizOne Rewards, Ali Maju Bistro warnai Hari Malaysia dengan Program CSR
Jawahar Ali (foto) berkata, beliau percaya dengan berkongsi rezeki bersama golongan yang memerlukan juga menjadi salah satu kunci keberkatan bagi kejayaan perniagaannya hari ini. -Foto Astro AWANI
RAWANG: Sambutan Hari Malaysia bukan sekadar mengingatkan rakyat tentang sejarah negara, malah menjadi simbol toleransi, penghormatan dan kebersamaan.
Ringkasan AI
Sempena Hari Malaysia 2025, AstroBiz meraikan salah satu pemenang kempen Astro BizOne Rewards, Ali Maju Bistro, atas inisiatif murni menyantuni golongan memerlukan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Maahad Tahfiz Al-Faridiyah, Sri Rampai.
Pemilik Ali Maju Bistro, Datuk Jawahar Ali Taib Khan, berkata inisiatif penuh makna ini dilaksanakan sebagai tanda penghargaan kepada komuniti, selain bertujuan berkongsi rezeki bersama anak-anak tahfiz dan warga emas.
“Kita buat CSR dengan niat untuk membantu anak-anak dan warga emas dalam pengajian al-Quran. Dan pusat tahfiz ini juga dilengkapi kemudahan untuk solat lima waktu dengan keadaan yang selesa.
“Saya rasa ini juga salah satu sebab Allah permudahkan lagi rezeki kita,” katanya ketika ditemu bual di Ali Maju Bistro, di sini.
Beliau turut menzahirkan rasa syukur kerana sokongan Astro banyak membantu memperluaskan jenama perniagaannya menerusi pelbagai platform, sekali gus menjadikan Ali Maju Bistro lokasi pilihan pelanggan.
Selain menu makanan dan minuman yang pelbagai, Ali Maju Bistro juga menjadi tarikan kerana menyediakan hiburan, tayangan rancangan sukan berkualiti serta sambungan internet Astro BizFibre berkelajuan tinggi menerusi pakej Astro BizOne.
“Astro memainkan peranan penting dalam industri kami. Sekarang pelanggan bukan hanya mencari makanan dan minuman, tetapi juga kemudahan tambahan.
“Dengan langganan wifi Astro yang laju dan siaran hiburan serta sukan yang berkualiti, itu semua jadi daya penarik untuk pelanggan melepak dan bersantai di sini, terutama pada waktu malam,” tambahnya.
Seorang pelanggan tetap, Wan Nor Hamizah Abdul Sani, turut berkongsi pengalaman positif mengenai pakej Astro BizOne di Ali Maju Bistro.
“Saya suka sebab tayangan Astro yang menayangkan rancangan sukan, bola dan pelbagai lagi.
“Tempat ini juga selesa, makanan banyak pilihan, parking mudah, kebersihan bagus. Jadi saya dan keluarga atau klien selalu datang ke sini,” jelasnya.
Kempen Astro BizOne Rewards akan berterusan sehingga Oktober 2025, dengan sasaran untuk mengiktiraf 200 premis makanan dan minuman terbaik yang mendaftar, memperbaharui atau menaik taraf langganan Astro BizOne.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari biz.astro.com.my.
Ringkasan AI
- Ali Maju Bistro diraikan sempena Hari Malaysia atas usaha CSR menyantuni anak-anak tahfiz dan warga emas di Maahad Tahfiz Al-Faridiyah.
- Pemiliknya, Datuk Jawahar Ali, menyifatkan sokongan Astro dan kemudahan seperti BizFibre serta tayangan sukan sebagai faktor kejayaan bisnes.
- Kempen Astro BizOne Rewards diteruskan hingga Oktober 2025 untuk mengiktiraf 200 premis F&B terbaik yang melanggan atau menaik taraf pakej Astro BizOne.