Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) hari ini mengumumkan prestasi untuk enam bulan pertama tahun kewangan berakhir 31 Januari 2016.
Hasil perolehan meningkat sebanyak 4% dari tahun ke tahun, ke sejumlah RM2.7 billion, menyaksikan kadar peningkatan EBITDA sebanyak 7% kepada RM962 juta manakala PATAMI meningkat 15% kepada RM306 juta, membawa ke Aliran Tunai Bebas (FCF) kepada RM589 juta.
Pengerusi Astro, Tun Zaki Azmi berkata,“Dalam persekitaran operasi yang mencabar ditambah pula dengan sentimen pengguna, Kumpulan Astro terus berjaya mencatatkan strategi pertumbuhan yang positif untuk menjana pembentukan nilai pemegang saham. Justeru itu, pihak Lembaga Pengarah sukacita mengumumkan dividen interim kedua bernilai 2.75 sen sesaham iaitu 22% lebih tinggi berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu”.
Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan berkata, “Kita sentiasa komited dalam mewujudkan lebih nilai dan pilihan kepada para pelanggan melalui kandungan, produk dan perkhidmatan yang lebih menarik serta menawarkan pengalaman baru menerusi platform yang ada.
"Dalam tempoh Separuh Pertama Tahun Kewangan 2016 (H1FY16) ini, jumlah pelanggan kami meningkat sebanyak 426,000 untuk perkhidmatan TV Berbayar. Ia didorong oleh pertambahan jumlah pelanggan perkhidmatan NJOI yang melonjak sebanyak 58% dari tahun ke tahun menjadikannya 1.071 juta.
Senario ini telah berjaya meningkatkan kadar penembusan kediaman TV di Malaysia kepada 65% di Separuh Pertama Tahun Kewangan 2016 (Separuh Pertama Tahun Kewangan 2015: 60%).
“Kami berazam untuk mendorong pemilikan dekoder bersambung dan Astro on the Go dari 181,000 sekarang kepada 500,000 pada akhir tahun. Dalam masa yang sama, kami akan memastikan kedudukan kandungan kami berada pada tahap yang tidak boleh ditandingi.
“Bagi kandungan antarabangsa, kami akan memastikan tontonan linear disokong oleh kedudukan on demand yang mantap menerusi rancangan yang disiarkan sama hari dengan tayangan global, siaran secara langsung, media sosial dan juga set tontonan bermusim untuk memenuhi gaya tontonan pelanggan.
“Kami turut melancarkan ciri muat turun baharu pada Astro on the Go, yang mana rancangan-rancangan boleh dimuat turun ke alat peranti mudah alih anda untuk tontonan di luar talian. Jumlah muat turun yang dicatatkan Astro on the Go telah meningkat sehingga 31% dari tahun ke tahun mencecah kepada 1.6 juta dengan kadar purata masa tontonan mingguan melebihi 140 minit.
“Astro juga telah memperlihatkan pertumbuhan positif melalui pendapatan melalui pengiklanan apabila mencatatkan kenaikan sebanyak 5% menjadikannya RM305 juta, dan ini disokong oleh jumlah tinggi yang dicatatkan dari tontonan TV dan khalayak pendengar radio. Ia telah mengorak perkembangan syer TV Adex dan Radex Astro kepada 35% dan 61% setiap satu.
“Pendekatan analitikal yang menyeluruh dan kolaborasi yang diwujudkan di antara pengiklan utama dan pembeli media turut menjadi faktor utama yang menyumbang ke arah pengukuhan pegangan saham Adex.
“Go Shop, usahasama e-dagang yang diambil Astro berjaya mewujudkan prestasi cemerlang dengan perolehan terkumpul sebanyak RM75 juta di Separuh Pertama Tahun Kewangan 2016 (H1FY16). Dalam masa yang sama juga, pelanggan juga boleh menantikan pelancaran saluran Go Shop di dalam versi Bahasa Cina yang akan diperkenalkan pada Suku Keempat FY16.”
Datuk Rohana menambah, “Kami memanfaatkan capaian para pelanggan menerusi platform media massa tradisional dan digital yang dimiliki Astro dengan menawarkan pengalaman yang lebih menarik, interaktif sosial dan mengasyikkan. Sebagai contoh, anugerah-anugerah popular yang dianjurkan Astro seperti ‘Anugerah MeleTOP ERA 2015’ menyajikan pengalaman 360° di kesemua platform termasuklah TV, radio,digital dan on-ground serta berjaya menarik tontonan sebanyak 1.9 juta.”
Astro turut melancarkan 7 saluran baharu iaitu HGTV HD, Nat Geo People HD, Star Chinese Channel dan 4 saluran khas sukan berbentuk ala carte - WWE Network, Setanta Sports HD, Astro Cricket HD dan Golf HD. Buat julung-julung kalinya, Astro telah menayangkan siaran langsung The International 2015 Dota 2 Championship di Astro TV dan Astro on the Go yang mana telah berjaya menerima sambutan yang amat menggalakkan apabila berjaya mencatatkan jumlah tontonan terkumpul sebanyak 1.5 juta.
Sebagai kesimpulan Datuk Rohana berkata, “Komitmen kami untuk terus menjana momentum bergerak seiring dengan usaha kami dalam mengawas rapi semua kos di setiap bahagian.
"Pendedahan kandungan forex untuk tahun ini dan suku tahun pertama tahun hadapan telah dilindungi sepenuhnya, dan senario ini membenarkan kita untuk membuat penilaian menyeluruh seterusnya menyediakan langkah-langkah untuk menguruskan kesan kadar semasa.
“Keutamaan kami adalah memastikan kos asas yang optimum mampu mewujudkan nilai setimpal kepada para pelanggan. Matlamat utama Astro adalah untuk mencapai pertumbuhan yang mampan dalam persekitaran yang mencabar ini dengan memperluaskan lagi pangkalan pelanggan, memperkukuhkan pegangan pengiklanan dan e-dagang. Didorong oleh pelaksanaan kukuh strategi pertumbuhan dan pejanaan aliran tunai, kami akan terus komited dalam menyampaikan polisi dividen yang progresif”.
Media Statement
Tue Sep 15 2015
Kumpulan itu berkata, ia akan terus melaksanakan pelbagai strategi pertumbuhan bagi menjana nilai pemegang saham.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Astro catat keputusan kewangan positif
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatatkan peningkatan perolehan sebanyak 4 peratus tahun ke tahun untuk 6 bulan pertama tahun kewangan 2016 kepada 2.7 billion ringgit.