ASTRO jalin kerjasama dengan Iskandar Malaysia Studios

Astro Awani
Ogos 14, 2014 11:45 MYT
Perjanjian berkenaan ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia, Datuk Rohana Rozhan (dua dari kanan) dan rakan sejawatnya, Rezal A. Rahman (dua dari kiri) bagi pihak Iskandar Malaysia Studio. - Foto Astro
Astro Malaysia Holdings Bhd (ASTRO) mengorak langkah dengan mengukuhkan lagi sayap penerbitannya dalam menghasilkan produksi yang berkualiti.
Langkah strategik melalui usaha sama dengan syarikat ternama dimeterai bagi memastikan kedudukan ASTRO sebagai penyedia kandungan yang utama.
Hari ini ASTRO, melalui Astro Productions Sendirian Berhad (APSB) dan Iskandar Malaysia Studios Sdn Bhd (IMS) mencapai persetujuan berkolaborasi dalam perkhidmatan penerbitan.
#Astro #Iskandar Malaysia Studios