BUSINESS

Astro menang Platinum di Anugerah Putra Brand 2020

Hafizi Rosli 05/02/2021 | 02:15 MYT
Astro Malaysia Holdings Berhad menang Platinum di Anugerah Putra Brand 2020.
KUALA LUMPUR:Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) memenangi Platinum pada Anugerah Putra Brand 2020.

Ini merupakan kemenangan sekali lagi Astro dalam kategori Rangkaian Media di anugerah berprestij itu.

Dengan kemenangan ini, ia merupakan tahun ke-11 berturut-turut rakyat Malaysia memilih Astro sebagai jenama media terkemuka.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ia sebagai pengiktirafan atas kejayaan Astro dalam menyampaikan kandungan berkualiti meliputi pelbagai sudut termasuk pendidikan, hiburan yang memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia.

BACA: Astro menang 'Brand of the Year' di Anugerah Putra Brand 2019

Dilancarkan pada 2010, Anugerah Putra Brand ialah inisiatif Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) untuk mengiktiraf jenama yang paling dekat di hati rakyat Malaysia dengan penilaian berdasarkan pilihan pengguna.

#Astro #Putra Brand #Anugerah Platinum #Rangkaian Media #Brand of The Year #Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia