BISNES
AstroBiz: 36Five X uruskan Educity Sports Complex, bakal jadi 'life style hub'
Mizal di ruangan pejabat 36Five X di Educity Sports Complex, Iskandar Puteri yang menyediakan fasiliti lengkap sukan bertaraf antarabangsa. - Foto Astro AWANI
ISKANDAR PUTERI: Hanya setahun selepas mengambil alih pengurusan dan operasi Educity Sports Complex (ESC), syarikat pemasaran 36Five X Sdn Bhd bukan sahaja berjaya menjadikan fasiliti sukan terbesar di Iskandar Puteri ini sebagai destinasi tumpuan peminat sukan, malah bakal menjadi hab gaya hidup.
Ringkasan AI
Pengarah Urusan 36Five X, Mizal Ghazali berkata, ESC merupakan stadium pertama di Malaysia yang diuruskan sepenuhnya oleh syarikat swasta dengan keluasan lebih 20 ekar (8.09 hektar) serta fasiliti bertaraf antarabangsa.
Antara kemudahan yang ditawarkan termasuk stadium utama, indoor arena, pusat akuatik, 12 gelanggang pickleball, padang futsal, bola keranjang dan bola tampar.
"Apa yang kita tawarkan kepada komuniti ialah program seperti hari sukan, penggunaan fasiliti secara berbayar serta kolaborasi bersama pelbagai pihak.
"Kami sentiasa mencari peluang bekerjasama dengan produk, jenama atau komuniti untuk menghidupkan aktiviti di ESC.
"Terbaharu kami membuka ESCafe untuk memberi keselesaan dan kemudahan tambahan kepada pengunjung yang mahu 'healing' di sini. Selain menyediakan kedai serbaneka dengan teknologi pintar kecerdasan buatan (AI),"katanya.
Berbekalkan pengalaman lebih 35 tahun dalam penganjuran acara, Mizal berkata 36Five X turut terbukti mampu menganjurkan pelbagai kejohanan dan festival bertaraf antarabangsa.
Antara acara yang pernah diadakan termasuk L’Étape Malaysia by Tour de France, 19th World Pencak Silat Championship 2022, Tokyo Auto Salon 2023 dan 19th Asian Senior Karate Championship 2023.
"Selain sukan, ESC juga menjadi lokasi penganjuran konsert berskala besar seperti Rockology Awie, Konsert Deva serta kejohanan Petronas Malaysia International Series 2024.
"Platform AstroBiz kami tidak guna 24 jam, tetapi kami manfaatkan sebagai medium kandungan untuk menarik lebih ramai pengunjung.
"Contohnya sempena Festival Merdeka pada 30 dan 31 Ogos lalu, kami anjurkan tontonan secara langsung Kejohanan Dunia BWF, yang mana pasangan beregu campuran negara Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei menjuarai Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris.
"Saat manis itu kami raikan bersama komuniti di sini menggunakan AstroBiz,” katanya.
Dalam pada itu, pelanggan juga berpeluang menikmati pelbagai promosi eksklusif menerusi kempen Astro BizOne Rewards yang berlangsung sehingga 17 Oktober ini.
Maklumat lanjut mengenai program ganjaran ini boleh diperoleh menerusi laman web rasmi di biz.astro.com.my.
Ringkasan AI
- Hanya setahun selepas mengambil alih pengurusan dan operasi Educity Sports Complex (ESC), syarikat pemasaran 36Five X Sdn Bhd bukan sahaja berjaya menjadikan fasiliti sukan terbesar di Iskandar Puteri ini sebagai destinasi tumpuan peminat sukan, malah bakal menjadi life style hub. Pengarah Urusan 36Five X, Mizal Ghazali berkata, ESC merupakan stadium pertama di Malaysia yang diuruskan sepenuhnya oleh syarikat swasta dengan keluasan lebih 20 ekar serta fasiliti bertaraf antarabangsa. Antara kemudahan yang ditawarkan termasuk stadium utama, indoor arena, pusat akuatik, 12 gelanggang pickleball, padang futsal, bola keranjang dan bola tampar.