BISNES

AstroBIZ: Astro BizOne cipta aura baharu di The Eleven Lounge

Malekah Aisyah 30/10/2025 | 04:00 MYT
Hui Xin (gambar) mengakui Astro BizOne menyerlahkan lagi The Eleven Lounge sekaligus memberikan kegembiraan dan semangat kepadanya setiap kali melihat orang ramai berkumpul dan bersorak beramai-ramai ketika menonton perlawanan sukan. - Astro
KLANG: Suasana meriah, hidangan lazat dan hiburan berterusan menjadikan The Eleven Lounge semakin popular dalam kalangan pengunjung.


Ringkasan AI
  • Suasana meriah, hidangan Thai-Barat yang lazat, serta hiburan seperti live band dan snuker menjadikan restoran ini pilihan popular untuk bersantai bersama keluarga dan rakan.
  • Langganan pakej Astro BizOne meningkatkan daya tarikan restoran dengan siaran langsung sukan, menarik lebih ramai pelanggan dan memperkukuh penjenamaan.
  • Dalam tempoh lapan bulan beroperasi, The Eleven Lounge di Klang telah diiktiraf sebagai pemenang Kempen Astro BizOne Rewards, mencerminkan kejayaan dan pertumbuhan pesatnya.


Dengan langganan pakej Astro BizOne, restoran ini bukan sekadar tempat menjamu selera, malah menjadi ruang untuk berkumpul, berhibur dan bersorak bersama rakan serta keluarga.

Baru lapan bulan beroperasi, restoran yang terletak di Klang itu kini menyerlah dalam industri makanan dan minuman, sehingga diumumkan sebagai salah satu pemenang Kempen Astro BizOne Rewards.

Pengurusnya, Hui Xin, menyatakan bahawa langganan Astro BizOne memberi impak besar terhadap pertumbuhan perniagaan, khususnya dalam menarik pelanggan dan memperkukuh penjenamaan.

Menurutnya, pakej tersebut bukan sahaja membawa hiburan ke premis, malah membuka peluang kepada pemilik perniagaan untuk memasarkan jenama melalui pelbagai platform Astro menerusi kempen yang dijalankan.

“Sejak langgan Astro BizOne, ramai pelanggan datang untuk menonton perlawanan sukan seperti badminton. Mereka hadir bersama rakan-rakan, menjadikan suasana lebih meriah sambil menikmati makanan dan minuman,” katanya ketika ditemu bual di restoran berkenaan.

“Saya akan terus melanggan pakej ini kerana ia sangat membantu meningkatkan jumlah pelanggan dan secara tidak langsung melonjakkan pendapatan restoran.”

Dengan menggabungkan konsep makanan Thai dan barat, orang ramai dapat menikmati kepelbagaian ini setiap kali datang ke The Eleven Lounge. - Foto Astro

Antara hidangan istimewa yang ditawarkan termasuk Tom Yam Mama Mee, Salad Mangga Spesial dan Pad Thai, digandingkan dengan persembahan live band serta permainan snuker yang menambah keselesaan dan daya tarikan suasana.

Beberapa pelanggan tetap turut berkongsi pengalaman positif mereka, menyifatkan restoran ini sebagai destinasi hiburan lengkap yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

“Saya suka makanan Thai mereka seperti Pad Thai dan Salad Sotong. Di sini bukan sahaja boleh makan sedap, tapi juga menonton siaran langsung sukan dan menikmati persembahan live band,” kata Lee Thiam Guan.

“Suasana restoran lebih meriah terutama ketika tayangan bola sepak atau acara sukan langsung. Ia membuatkan pelanggan seolah-olah berada di lokasi sebenar perlawanan.

“Makanan kegemaran saya ialah Nasi Goreng Tomyam. Saya gemar datang bersama keluarga atau rakan kerana boleh lakukan aktiviti lain seperti bermain snuker dan menonton persembahan muzik,” ujar Ben Khoo.

The Eleven Lounge, Klang menjadi salah satu destinasi pilihan warga sekitar yang ingin bersantai sambil berhibur. - Foto Astro




#AstroBIZ #Astro BizONE Rewards #The Eleven Lounge #Klang #makanan dan minuman #perlawanan sukan