BISNES
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Benjamin (foto) sangat berterima kasih dan bersyukur di atas pengiktirafan BizOne Rewards serta sangat mengesyorkan pakej Astro BizOne kepada semua pemilik restoran di luar sana. -Foto Astro
PUCHONG: Di tengah kesibukan rutin harian, wujud sebuah restoran yang bukan sekadar menyajikan makanan, sebaliknya menghidupkan semula nilai kebersamaan dalam komuniti setempat.
Ringkasan AI
Itulah Botani Kitchen di Puchong yang lahir daripada minat mendalam terhadap dunia sukan dan kulinari, serta keinginan untuk mewujudkan ruang berkumpul yang bermakna buat keluarga dan rakan-rakan.
Sejak hari pertama operasi, Botani Kitchen mendapat sokongan Astro BizOne, sekali gus menjadikan hiburan sukan dan kandungan premium sebagai medium yang menghubungkan pelanggan melalui detik-detik dikongsi bersama.
Pendekatan itu turut melayakkan restoran berkenaan muncul sebagai antara pemenang Kempen Astro BizOne Rewards.
Pemilik Botani Kitchen, Benjamin Tan, berkata hiburan sukan memainkan peranan penting dalam merapatkan hubungan sesama pelanggan yang semakin terhakis akibat kesibukan kehidupan moden.
“Saya memang seorang yang minat sukan. Saya suka bersukan dan duduk makan bersama keluarga serta rakan-rakan.
“Berkumpul dan menonton sukan bersama-sama, tidak kira bola sepak atau badminton, kerana ia benar-benar membina hubungan yang erat.
"Zaman sekarang, masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri dan semakin jauh daripada masyarakat. Konsep seperti ini membantu menghidupkan semula kebersamaan komuniti,” katanya ketika ditemu bual di Botani Kitchen, di sini.
Selain hiburan, Benjamin menegaskan kualiti makanan kekal sebagai tunjang utama Botani Kitchen dengan pilihan menu yang ringkas, proses penyediaan telus serta penggunaan bahan-bahan berkualiti tinggi agar dapat dinikmati semua lapisan pelanggan.
Pengalaman pengunjung turut diperkaya dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan live band mingguan, permainan dart dan arked menjadikan Botani Kitchen ruang santai yang sesuai untuk semua peringkat usia.
Bagi pelanggan tetap, restoran ini menjadi tempat berehat selepas seharian bekerja sambil menikmati suasana yang menenangkan bersama rakan-rakan, diserikan lagi dengan hiburan tanpa henti menerusi Astro BizOne.
Salah seorang pelanggan, Sia Pei Jia, berkata suasana di Botani Kitchen memberi ketenangan yang sukar diperoleh di restoran lain.
“Di sini suasananya sangat santai. Ada siaran langsung Astro, pertunjukan live band, malah boleh menyanyi. Saya boleh luangkan masa bersama rakan-rakan dan berbual selepas waktu kerja.
"Selalunya selepas kerja, saya datang ke sini untuk siapkan kerja. Memang seronok dan sangat menenangkan,” katanya.
Keyakinan terhadap Astro BizOne turut dikongsi pelanggan lain yang melihat jenama itu sebagai platform hiburan yang dekat dan dipercayai rakyat Malaysia.
“Astro ialah saluran televisyen terbesar di Malaysia dan sangat terkenal. Sesiapa sahaja rakyat Malaysia pasti mengenali Astro.
“Jadi memang Astro banyak membantu menarik pelanggan dan saya yakin dengan kualitinya,” ujar Margaret Lau.
Gabungan makanan, hiburan dan sokongan Astro BizOne bukan sahaja memperkasa operasi Botani Kitchen, malah menjadikannya ruang komuniti yang menghubungkan komuniti melalui pengalaman bersama.
Tahniah kepada Botani Kitchen, Puchong atas kejayaan melakar pencapaian membanggakan dan mengukir nama dalam kempen BizOne Rewards.
Langgan Astro BizOne sekarang dan nikmati sokongan pemasaran menerusi kempen BizOne rewards pada tahun hadapan.
Maklumat lanjut boleh didapati di biz.astro.com.my .
Ringkasan AI
- Botani Kitchen di Puchong menghidupkan semula nilai kebersamaan komuniti melalui hiburan sukan dan kualiti makanan yang tinggi.
- Pemilik restoran, Benjamin Tan, menekankan bahawa konsep berkumpul sambil menonton sukan membina hubungan erat di kalangan pelanggan yang semakin sibuk dengan kehidupan moden.
- Sokongan Astro BizOne turut memberi impak positif kepada Botani Kitchen dengan menyediakan hiburan tanpa henti dan memperkukuhkan jenama restoran sebagai ruang komuniti yang menyatukan pelanggan melalui pengalaman bersama.